SILA BUKA HALAMAN INI

Rindu

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati ini rindu sangat untuk bertandang di rumah ini. 1001 kenangan yang sering mengamit memori. Teratak yang indah sekali semasa zamannya, tapi kini reput dimamah usia. Mana? Mana? Mana jiwa zikir yang dulu pernah beralun di sini? Sudah lanjut usia di makan umur 115 tahun Muhamad Bin Ibrahim. Terima kasih Allah, kerana aku berkesempatan mengenali diri orang tua itu. Selamat tinggal Toki Mat 1900 - 2015, semoga roh Toki Mat dicucuri rahmat dan nikmat oleh Allah Yang Maha Esa. Salam takziah.