SILA BUKA HALAMAN INI

Apakah Orgasma Menyebabkan Cepat Tua?

Saya Zaleha berusia 37 tahun dan sudah bersuami (berusia 44 tahun). Saya sudah berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Lima tahun kebelakangan ini saya telah merancang dengan cara menggunakan alat dalam rahim. Perkahwinan kami bolehlah dikatakan bahagia meskipun suami saya sering berada di luar daerah. Biasanya, suami saya akan kembali setelah tiga minggu berada di tempat pekerjaannya. Ini bermakna hubungan seks kami terpaksa mengikut jadual kerja suami. Tetapi kami selalu merasa puas. Cuma kebelakangan ini saya merasa runsing. Seorang kawan telah memberitahu saya bahawa, hubungan seks yang berlebihan dan orgasma yang kerap akan menyebabkan seseorang akan menjadi lekas tua dan putus haid. Oleh kerana itu saya menjadi takut. Saya selalu gelisah kerana tidak tahan menahan orgasma yang selalu memuncak. Kalau tidak tertahan saya akan menjadi gelisah, marah-marah dan menyesal dengan segala tindak-tanduk.

Suami saya menyedari dan bertanyakan hal ini. Rupanya dia sedar yang saya dingin terhadapnya dan suka mengelamun. Inilah yang menjadi masalah saya. Apakah benar wanita yang sering mengalami orgasma akan cepat menjadi tua dan putus haid? Bagaimana pula suami saya boleh tahu yang saya sedang menahan orgasma?

Jawapan:

Puan seharusnya tidak mendengar khabar-khabar angin yang tidak berasas. Orgasma tidak akan menyebabkan seseorang lekas tua dan cepat putus haid. Menikmati hubungan seks dengan suami seharusnya memang sampai ke kemuncak orgasma. Ini sebenarnya penting untuk kesihatan badan dan mental. Dengan cara ini ianya memungkinkan puan nampak lebih muda. Dengan menahan orgasma, puan akan nampak gelisah, muram, menyesal dan ini akan menampakkan puan lebih tua.

Sebenarnya dengan menahan orgasma, pergerakan menjadi terbatas hinggakan bunyi desah tidak terkeluar. Otot-otot yang kencang juga tidak terasa lagi. Ini menjadikan suami tidak merasai kepuasan dalam hubungan seksnya. Biar pun kalau ada, dia akan merasakan kekurangannya kerana sebelumnya dia mendapat lebih daripada yang dinikmati sekarang. Memanglah wajar kecurigaan suami puan bertanya tentang puan kerana dia sememangnya bertugas jauh daripada puan.