Isnin, 13 Mei 2013

Buah Gorek


Buah Gorek
Buah congkak orang dulu-dulu sebelum ada biji guli. Ada sesiapa tahu rahsia di sebalik buah gorek ini? Orang tua-tua kata, buah gorek ini boleh buat penunduk suami atau isteri. Betul ke tidak aku tak pasti, tapi yang pasti buah gorek ni memang keras. Aku cuba pecahkan tapi tak dapat-dapat. Kulit luarnya licin berkilau. Buah gorek ini memang unik. Entah apalah khasiatnya dalam perubatan tradisional?

Catatan ini telah aku edit pada 10.30 malam 30.3.2010.
Akhirnya ada seorang hamba Allah, menghubungi aku untuk memberitahu satu rahsia tentang buah gorek. Kami membuat temujanji untuk berjumpa di sebuah warung sekitar Bandar Bukit Mertajam, Butterworth, Pulau Pinang. MasyaAllah, bahaya juga buah gorek ini kalau di salah guna. Bahananya sungguh besar, dan boleh menjahanamkan akidah sesiapa yang menggunakannya di jalan yang salah. Hamba Allah yang juga di kenali sebagai Pico, 57, menjelaskan secara terperinci selok belok macam mana mahu jadikan buah gorek dan bahan-bahan sampingan yang lain untuk dijadikan bahan penunduk suami atau isteri kepada aku. Maklumat ini aku terpaksa rahsiakan, kerana bahananya boleh menjejaskan reputasi aku. Kepada sesiapa di luar sana yang pernah mengamalkan ilmu terkutuk buah gorek ini, tolonglah kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka untuk anda.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.