Hadiah daripada Datin Onya kerana membantu Datuk Azr membaik pulih rumahnya yang dilanda banjir besar.
Fatawa: Ubat Dari Tanduk Rusa | |
Apakah hukum memakan ubat yang diproses dari tanduk rusa? Juz-juz binatang kecuali ikan dan belalang yang bercerai padanya samada binatang-binatang itu halal dimakan ataupun haram samada hidup ataupun mati tanpa sembelihan yang sah adalah najis kecuali rambut dan bulu yang bercerai dari binatang yang halal yang hidup atau yang mati dengan sembelihan yang sah maka ia adalah bersih. Tanduk rusa yang diceraikan dari rusa yang hidup atau yamh mati adalah najis kecuali mati dengan kerana sembelihan yang sah pada syara’ maka ia adalah bersih yang bersih harus dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan dan yang najis haram dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan. Para fuqaha’ di dalam semua mazhab bersepakat tentang najis juzuk-juzuk yang bercerai atau yang terpotong daripada binatang yang hidup sekalipun ia binatang yang halal kecuali rambut dan bulu kerana sbda Rasulullah s.a.w.: ما قطع من البهيمة وهي حية فهو ميت – رواه الحاكم. Maksud: barang yang dipotong daripada binatang yang hidup adalah najis. Islam melarang (mengharamkan) berubat dengan benda-benda najis kecuali di dalam keadaan darurat. Negara asal : Malaysia Negeri : kedah Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah. |