Ahad, 14 November 2010

Resepi Ke-4 Membuat Jamu Bagi Mengatasi Lemah Syahwat.

Resepi 4:

Akar adas/akar alang-alang 0.5 gram
Kuning telur ayam kampong 2 butir
Lada hitam 25 butir
Madu asli 1 camca makan
Seulas bawang putih 1 ulas

Sediakan 3 mangkuk. 1 mangkuk air rebusan akar adas/akar alang-alang. Cara membuatnya secawan direbus bersama segenggam (15 gram) akar adas/akar alang-alang tersebut hingga mendidih. Kemudian ditapis. Air rebusannya masukkan dalam mangkuk yang telah disediakan.

Mangkuk yang ke-2 untuk mengisi lada hitam yang telah ditumbuk halus.

Mangkuk yang ke-3 untuk mengisi campuran kuning telur, madu asli dan bawang putih yang telah ditumbuk halus, mengikut sukatan yang ditetapkan tersebut di atas. Kemudian dikacau dengan camca kecil, setelah lumat, masukkan bersama ke-3-3 bahan ramuan itu dalam mangkuk berisi serbuk lada hitam.

Dalam keadaan masih suam, minumlah ramuan itu. Boleh diminum pada waktu pagi atau petang.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.