Adsterra

Kawalan Makanan

CARA KAEDAH KAWALAN MAKANAN:

Makanlah makanan yang masih hangat dan segar. Jangan sesekali makan makanan yang basi atau hampir basi (sudah terasa masam).

Elakkan memakan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk serta hampir rosak. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang terkena semburan racun serangga dibasuh dengan bersih terlebih dahulu sebelum dimasak atau dimakan.

Jadual menu makanan seharian yang seimbang dan teratur mengikut kaedah kesihatan iaitu dalam seminggu mestilah memakan makanan yang mengandungi telur, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum susu lembu/susu tepung berkhasiat adalah digalakkan. Jika tidak mengalami tekanan darah tinggi (high blood pressure) eloklah minum susu kambing.

Jangan minum arak, minuman ais, air yang bergas, air kelapa dan jangan terlalu kerap minum teh, sebab teh itu sejuk. Jenis minuman bagi seseorang yang mengidap lemah syahwat adalah minuman hangat, atau suam setidak-tidaknya, dan dibubuhi halia.

Minumlah satu atau dua gelas air hangat masak setiap bangun pagi.

Perlu diingat buah yang paling pantang bagi orang yang mengalami lemah syahwat ialah pisang hijau dan jambu batu.

Minumlah terlebih dahulu (air suam) seteguk atau dua teguk, sebelum mula makan nasi. Selepas habis makan janganlah terus minum. Nantikan dalam masa lebih kurang satu atau dua jam, barulah minum. Inilah salah satu cara amalan orang-orang tua dahulu yang arif bagi menjaga batin mereka.

Kawalan makanan dan minuman sahaja tidak mencukupi. Sebaiknya lakukan olahraga harian dan beriadah bersama keluarga setiap petang.

Kawalan tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Mula tidur 9.30 malam sehingga 5.30 pagi. Kalau berkesempatan bangunlah menunaikan Solat Sunat Tahjud, Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat (kerana banyak kebaikkan dan kelebihannya). Malah dapat mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Esa. Berdoalah memohon kesihatan yang baik bagi mengidap lemah syahwat.

Elakkan tabiat-tabiat emosi, berkhayal, tertekan fikiran dan kurang berkeyakinan. (Tanam dalam diri kita bahawa kita seorang yang positif).

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.