Adsterra

Bekam

 Lama tidak update blog ini, sudah bersawang. Kerja banyak lagipun selalu outstation. Alhamdulillah, rezeki bulan puasa ramai kenalan datang membuat rawatan bekam. Dari lapis muda sampailah ke lapis tua, dari yang dekat sampailah yang paling jauh sudi untuk datang membuat rawatan bekan di sini. Kata mereka harga di sini berbaloi dengan servis yang terbaik. Syukur padaMu Ya Allah.
Ramai di antara mereka mahu kesihatan yang baik sempena bulan baik ini, untuk melakukan amal ibadat. Utamakan kesihatan untuk berpuasa selama sebulan dan menunaikan solat terawih berjemaah di masjid atau di surau yang berdekatan. Berbekam boleh menguatkan tenaga zahir dan batin malah menjamin kesihatan keseluruhannya.
Kebaikkan berbekam adalah membuang darah kotor yang berasid. In Sha Allah, tubuh badan akan rasa segar dan sihat 10 kali ganda dari sebelumnya. Kekuatan zahir dan batin akan segera meningkat secara mendadak tanpa disangka-sangka.
 Darah kotor pesakit perlulah tanam dan jangan dibuang sebarangan, kerana sisa dari darah kotor itu terlalu merbahaya dan penuh dengan risiko penyakit berjangkit.
 Selepas melakukan rawatan bekam pesakit kenalah berpantang makan, jauhi dari makan makanan laut sebabnya ia boleh menyebabkan gatal pada tempat berbekam. Berpantang 2 hingga 3 minggu dari tarikh berbekam, untuk kebaikkan pesakit juga. Amal makan habbatus sauda setiap masa kerana ada kebaikkan semulajadi dalam herba itu.
Ingat, berbekam adalah sunnah. Jadi kita semua digalakkan untuk melakukan bekam. Sekiranya mampu sebanyak mana pun boleh berbekam. Ramai pesakit datang mengadu tentang masalah batin, batin mereka kecundang di tahap 20/100%. Maka disarankan berbekam. Lihat hasilnya mereka tersenyum lebar dan mengakui kebaikkan bekam 100% benar dan terbukti dapat menguatkan semula batin mereka. Air mani yang cair kembali pulih menjadi pekat dan likat. Kekuatan tembakkan menjadi lancar dan bertenaga.
 Allah Hualam.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.