Adsterra

Tenaga Perjalanan

 Bismillahirrahmanirrahim
Apa yang perlu aku jangkakan dan apa yang perlu aku sediakan untuk menempuh perjalanan beberapa minggu ini? Tekanan boleh memburukkan lagi keresahan yang sedia ada. Walaupun tekanan tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Apabila keresahan datang lagi, pernafasan selalunya menjadi cepat dan dekat. Nasib baik aku tahu cara-cara untuk bernafas dengan perlahan-lahan dan mendalam iaitu teknik pernafasan yang boleh menenangkan diri.
Aku mahu luangkan masa untuk diri sendiri dan mengelak daripada situasi yang menekankan jiwa batin aku. Aku perlu ketenangan dan bersatu dengan alam hutan yang penuh dengan flora dan fauna. Sekarang banyak sungguh kemungkinan negatif dalam minda aku. Aku perlu keluar sekejap dari kesibukkan minda ini. Tumpuan hanya satu, aku mahu zahir dan batin ini bersatu dengan aura tanah, aura air, aura api dan aura angin.
Langkah kaki laju bersemangat, satu tujuan meredah belantara iaitu memiliki segenggam penawar racun. Bersama alam hutan, sesuatu yang hebat boleh tercipta untuk mencegah dan merawat penawar racun.
Semangat hati berkobar dengan perasaan membara. Gagahkan kaki dan tangan meredah dan memaut belukar mencari satu ilham yang terbit dari minda Ilahi. Tanpa pandang kebelakang dan berpatang mundur. Langkah selagi boleh dan terdaya, redah selagi mahu dan semampu. Usaha tangga kejayaan.
Jangan lupa senyum sebab dengan senyuman kepenatan hilang perlahan-lahan. Nikmati tiupan angin, hirup aroma tumbuh-tumbuhan fikiran menjadi tenang.
 Hilang rasa tekanan dalam jiwa dan raga. Ingat semua yang ada di dunia ini hak Allah Yang Maha Esa. Jangan mudah untuk merosakkannya. Tinggallah sedikit untuk jenerasi akan datang, supaya mereka juga dapat menikmati seperti kita semua.
Kalau penat mendaki berehat sekejap, jangan teruskan sekiranya sudah tidak berdaya. Jangan bebankan diri dengan kepayahan yang sulit diuraikan. Bagi peluang untuk diri memulihkan kekuatan dan mengembalikan tenaga.
Tenaga akan hilang bersama usia kerana faktor pinjaman dalam berusaha untuk kitar hidup kita yang lebih sempurna. Semakin hari kita akan terbelenggu dengan tenaga yang berkurangan. Jimat cermatlah tenaga yang berbaki atau bersisa dalam hidup kita. Jangan sampai kita mati muda kerana ketiadaan tenaga sebab terlalu kerap menggunakan tenaga yang bukan hak kita.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.