Assalamualaikum, hari ini datang seorang tetamu dari Kampung Delik, Klang membawa cula buaya untuk dijadikan minyak urut. Cula buaya ini sempurna tiada cacat cela dan berkeadaan baik sekali. Kualiti 100% dijamin asli saya sangat berpuas hati.
Beliau beli dengan harga RM 60.00 - RM 70.00 sahaja. Sungguh murah dan kualiti barang memang terbaik. Saya teruja dan cula buaya ini menarik perhatian. Tidak sabar saya mencari bahan untuk dijadikan minyak cula buaya.
Cukup syarat tanpa di potong-potong. Keras serta padu tetapi pada sesetengah tempat ia seolah-olah lembut, tetapi hakikatnya memang pejal cula buaya ini macam paip pvc. Perkara yang paling utama saiznya panjang dan lebar mengikut syarat yang saya hendaki ngam-ngam spesifikasi.
Tidak berbau hancing, tidak busuk seperti bau bangkai, berkeadaan kering serta tidak berlendir dan sedap dipegang. Dapat rasa auranya. Memang tiada bau langsung. Cula buaya sebegini memang menjadi pilihan saya kalau mahu dijadikan minyak urut.
Sekarang harga cula buaya memang mahal dan tidak masuk akal. Saya pernah tanya pada peniaga di pasar tani, (tempat dirahsiakan) dia buka harga RM 350.00 satu. Cula buaya itu berbau busuk seperti bangkai dan sungguh hancing baunya (geli saya mahu pegang). Tidak cukup syarat dari segi saiz panjang dan lebarnya. Memang tidak berbaloi langsung untuk urus niaga. Cuba kawan-kawan elakkan daripada membeli cula buaya yang saya maksudkan di sini. Jangan beli kalau berbau, saya mahu cula buaya yang tiada bau langsung.
Pada pendapat saya cula buaya itu adalah daripada jenis buaya yang bersaiz kecil seperti Buaya New Guinea, Buaya America Alligator, Buaya Filipina atau Buaya Black Caiman. Jenis yang saya sebutkan itu adalah bukan pilihan utama saya dalam membuat minyak urut. Cula buaya seperti itu tidak cukup spesifikasi untuk membuat minyak urut tradisional. Buang masa dan tenaga sahaja.
Kalau boleh saya mahu cula buaya jenis Buaya Air Masin, Buaya Siam atau Buaya Cina. Tapi paling terbaik pesan guru tua adalah cula buaya daripada Buaya Nile Africa. Entahlah. Tapi tidak lupa pesan guru tua, "kalau tiada gading, tanduk pun berguna juga".
Kalau boleh dapat barang yang lebih baik dan melaburkan sedikit duit keatasnya, apa salahnya teruskan sajalah.
“YANG BAIK DATANG DARI ALLAH DAN YANG BURUK DATANG DARI YANG SELAINNYA”
~Wallahu’alam bisshawab~