Soalan:
Saya Khalijah seorang suri rumahtangga berusia 36 tahun dan telah berkahwin selama lapan tahun. Suami saya sekarang berusia 37 tahun. Semenjak berkahwin saya belum pernah merasa apa yang dikatakan orgasma. Setiap kali mengadakan hubungan seks, saya merasa sakit dan ini menghilangkan langsung ghairah bersetubuh yang ada. Itulah yang saya alami semenjak bernikah.
Saya belum pernah menemui doktor untuk menerangkan masalah saya kerana saya merasa malu. Tetapi saya pernah bercerita dengan kawan-kawan terdekat. Mereka mengatakan ini berpunca daripada suami saya yang tidak pernah mendahului dengan cumbuan atau pemanasan sebaliknya terus kesasarannya. Malahan kadangkala suami saya menyetubui saya ketika saya sedang nyenyak tidur dan selepas itu dia terus tidur tanpa menghirau saya. Saya terpaksa menahan perasaan marah kerana perbuatannya hingga menyakiti alat kelamin saya tetapi bila memikirkan dia suami saya, saya terpaksa pendamkan. Kawan-kawan saya mengusulkan supaya saya memberikan buku-buku romantis agar dia membacanya. Tetapi dia hanya membaca seketika, sebelum tidur dan kemudian lelap. Esoknya, buku itu tidak kelihatan lagi.
Kawan saya menyarankan supaya saya berbincang dengan suami agar bertindak lebih sopan kepada saya ketika bermesra. Tetapi dia hanya tersenyum dan kemudian cuba berlembut dan membelai tetapi hanya seketika. Akhirnya, dia kembali ketabiat asalnya. Sebenarnya, suami saya seorang yang baik tetapi mempunyai kekurangan dalam hal di atas. Saya mohonlah pada tuan supaya memberi sedikit petunjuk agar saya dapat menikmati orgasma.
Jawapan:
Apa yang puan alami merupakan kejadian yang kerap dialami dalam kehidupan berseksual. Ramai wanita yang seumur hidupnya tidak pernah merasai orgasma dalam hubungan seksnya. Sebahagian besarnya kerana suami kurang arif tentang hubungan seks yang melibatkan dua tubuh manusia itu.
Dalam sebuah buku yang berjudul The Hite Report, tulisan Shere Hite seorang seksologi Amerika, mengatakan, ramai wanita tidak mencapai orgasma disebabkan foreplay (pemanasan) yang terlalu cepat. Sedangkan orgasma merupakan suatu yang penting dalam kehidupan yang boleh membawa ketenangan, kesihatan dan perasaan cinta antara suami isteri. Kalau ditinjau daripada sudut fisiologi seks. orgasma adalah puncak daripada suatu aktiviti seks di mana ianya melibatkan ke semua bahagian tubuh manusia seperti otot, fikiran dan aliran darah. Ketika berlakunya orgasma itulah timbul puncak kenikmatan dan setelah itu ianya akan mengendur dengan perlahan. Untuk mengungkapkan bagaimanakah kenikmatan orgasma memang sukar.
Setiap orang mempunyai kelainan perasaan. Apa yang puan lakukan untuk mendapatkan orgasma itu merupakan tindakan yang baik. Suami harus mendapat sedikit tunjuk ajar supaya hubungan kelamin dapat berjalan dengan lancar dengan dinikmati oleh kedua-dua pihak. Ketika suami berkeinginan melakukan hubungan seks, awasi tindakannya supaya jangan terus ke matlamatnya. Puan harus berusaha supaya suami puan mengelus-elus bahagian-bahagian yang dirasakan dapat membangkitkan nafsu puan. Kalau puan sendiri sudah bersedia dengan ghairah yang memuncak, silakanlah suami puan melakukan hubungan tersebut. Atau dengan cara lain, puan meminta suami mencumbu rayu dengan kemahuan puan. Jika saat orgasma sudah hampir, lakukanlah hubungan seks bersama suami.
Dengan beberapa latihan seperti ini, suami dengan sendirinya akan sedar bahawa puan juga memerlukan belaian agar ghairah seksual puan memuncak untuk menikmati persetubuhan. Kerjasama antara suami isteri amat perlu kerana hubungan seks menjamin keharmonian dan matlamat berumahtangga.