Adsterra

DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN UBAT

DOA SEBELUM MAKAN UBAT.

Kebiasaanya doktor akan menasihatkan supaya ubat diambil selepas makan. Oleh itu, hendaklah membaca doa ini:-

Hadis dari Muhammad bin Khatib, sabda nabi s.a.w.:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.


أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبِّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِي إِلَّا أَنْتَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَلُكَ الْعَافِيَةَ.


Ertinya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang". "Ya Tuhan manusia, hilangkan derita, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh Kecuali Engkau". "Ya Allah, hamba bersungguh memohon kesihatan kepadaMu".

(Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)


DOA SELEPAS MAKAN UBAT.

Setelah selesai makan ubat, bacalah doa ini:-

Hadis dari Abi Umamah, sabda nabi s.a.w.:


الْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَفَانَا وَارْوَانَا غَيْرَ مَكْفِيٌّ وَلَا مَكْفُورٍ.


Ertinya:

"Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kita kecukupan dan kepuasan yang tidak terabai dan tidak tertolak".

(Riwayat Bukhari)

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.