RECOMMENDED ARTICLES

Orgasma Bila Terbayang Suami Dengan Wanita Lain

Soalan:

Saya Effa seorang isteri berusia 34 tahun dan telah mendirikan rumahtangga ketika berusia 19 tahun lagi. Perkahwinan saya berdasarkan kehendak ibu bapa di mana saya gagal menyintai suami saya. Perkahwinan kami hanya bertahan selama tiga tahun. 

Setelah empat tahun menjanda, saya berkahwin lagi. Perkahwinan ini saya rasakan amat murni dan telah berlangsung selama sembilan tahun. Kami juga telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Tetapi yang menjadi masalah ialah, semenjak saya berkahwin lagi, saya tidak pernah merasai orgasma. Pada saya puncak hubungan seks itu ialah ketika pemanasan dan untuk menjaga perasaan suami, saya berpura-pura menikmati kepuasan bersetubuh. 

Apa yang saya rasakan kurang normal ialah saya hanya boleh terangsang bila membayangkan, suami saya dengan perempuan Iain. Dengan berperasaan begitu barulah nafsu saya terangsang dan berakhir dengan kepuasan. Untuk pengetahuan, saya tidak mempunyai pengalaman seks sebelum nikah cuma ketika malam pertama saya merasa amat terseksa dalam hubungan seks. Tetapi sekarang perasaan itu tidak ada lagi. Suami saya pula boleh dikatakan pandai mencumbui saya dengan berbagai teknik cumbuan sebelum bersetubuh. 

Apakah sebenamya masalah yang saya hadapi ini?

Jawapan: 

Rupanya puan telah lama menderita dalam dua perkahwinan, Pada perkahwinan pertama, puan tidak menyintai suami pilihan kedua-dua orang tua. Ini bererti puan terpaksa masuk ke dunia yang puan tidak sukai. Sebagai seorang isteri, puan hanya menunaikan kewajipan sahaja tanpa kasih sayang dan ini menyebabkan puan tidak merasai apa yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan. Seorang wanita tanpa perasaan ghairah tidak akan mencapai orgasma. Ini yang menyebabkan puan terseksa dan merasa jenuh. 

Dalam perkahwinan kedua pula, puan bersikap terlalu ideal. Apakah benar-benar puan menyintai suami kerana ianya merupakan suami yang kedua pernah puan kahwini. Sepatutnya, ghairah untuk bersetubuh seharusnya bermula ketika bersama suami yang pertama. Cuma puan beruntung sedikit kerana ada hasrat seksual walaupun terpaksa puan membayangkan suami dengan wanita lain dalam hubungan seks.

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang harus dibimbangkan dengan membayangkan suami dengan wanita lain kerana ini bukanlah kenyataan. Apa yang penting, melaluinya puan akan lebih terangsang. Memang benar kalau ditinjau daripada sudut agama ianya memang tidak baik tetapi daripada sudut terapi ia dibolehkan kerana ia dapat merangsangkan nafsu seks puan. Adalah dinasihatkan agar puan membuangkan ingatan itu dan mengekalkan orgasma sedikit demi sedikit. 

Kesimpulannya, yang menyebabkan puan tidak normal ialah pengalaman puan dalam hubungan seks yang pertama. Inilah punca sebenar kerana pengalaman dengan suami pertama sering menggugat fikiran dan ianya menggugatkan keinginan perhubungan puan suami isteri. 

Cara yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah puan ialah melalui terapi iaitu sama-sama mencari jalan supaya masalah ini dapat diatasi. Satu cara yang mudah ialah menerusi konsentrasi yang baik ketika melakukan posisi yang boleh meningkatkan nafsu. Suami juga harus bersikap positif apahila berhadapan dengan puan hingga layanannya terhadap puan kerana ini menghilangkan kenangan atau ingatan puan bersama suami yang pertama. Dengan cara ini diharap orgasma puan dapat diwujudkan kembali.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.