RECOMMENDED ARTICLES

UPAH RM0.60

ASSALAMUALAIKUM

ALLAH HU ROBBI,

Kepada hamba Allah yang datang urut semalam dengan aku, terima kasih banyak-banyak dengan upah rm0.60. Semoga saudara dicucuri rahmat dan nikmat. Amin. Tak lepas nak minum teh tarik pagi ni. Hahaha. My wife tak bagi dah aku buat kerja urut-urut ni. Katanya, upah tak berbaloi dengan apa yang aku buat. Walaupun ekonomi gawat takkanlah rm0.60 katanya. Hahaha. Aku urut ikhlas hati, jadi suka hatilah dia orang nak bagi berapa rm? rm0.10, rm0.20, rm0.50, rm1.00, rm2.00 dan rm5.00 aku pernah dapat, tak kisah orang ramai nak ambil kesempatan. Aku tahu, orang ramai pun bukan berduit sangat. Banyak duit nak guna untuk keperluan harian. Mak mertua aku pun tak bagi aku kerja urut lagi lepas ni, orang suka sangat ambil kesempatan dengan kebaikan aku katanya. Hahaha, aku cuma tersenyum dan ketawa. Hari ini mungkin, aku dapat rm0.60. Esok dan lusa mana tahu aku dapat rm6.00 atau rm 60.00. Rezekikan rahsia, mana kita tahu hari ini kita dapat berapa? Aku empunya badan memanglah penat gila-gila selepas mengurut, maklumlah guna banyak tenaga. Kalau badan pesakit besar jenis xxl, lagi banyaklah tenaga yang aku guna untuk mengurut. Emmmm kata my wife. Tolong orang sangat tapi bila aku sakit ada tak orang tolong aku? Terkelu lidah aku hendak menjawabnya. Hahaha. Alah Allah kan ada untuk bantu aku. Terpulanglah. Ayah, ibu, abang, kakak dan adik angkat semua suruh aku jangan layan lagi kepada pesakit yang pernah datang bagi rm bawah dari rm30.00. Katanya membazir tolong orang kedekut ini. Waktu sihat kita dilupakannya, belanja air kopi secawan pun tak pernah. Hahaha. Macam-macam kerenah orang disekeliling aku mengambil berat tentang kerja aku. Aku sampai tak tahu nak jawab. Mereka suruh aku kenakan harga dengan perkhidmatan yang aku berikan, harga untuk urut zahir rm150.00 untuk urut batin rm300.00. Hahaha. Mahal nak mampus, jawabnya takdelah orang nak datang urut lagi dengan aku. Hahaha. Macam-macam hal. Astagfirullahhalazim, nawaitu aku kan nak tolong orang, jadi aku tolong kerana Allah jelah. Kepada pembaca yang budiman, kalau rasa-rasa nak urut zahir dan batin jemputlah datang ke rumah. Jangan takut, upah ikhlas hati tuan-tuan. Aku memang tak akan letak harga sebarangan, lagipun ilmu ini hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah. Allah Hu Alam.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.