Adsterra

Makjun Turki

Cara Membuat Makjun Turki

Cara membuat makjun Arab dan makjun Turki itu memerlukan kecekapan dan penelitian. Di samping itu segala bahan dan peralatan harus dalam keadaan kering dan bersih. Kegagalan, dalam erti kata makjun itu rosak boleh berlaku jika tidak memenuhi syarat-syarat tersebut di atas. Sediakan bahan-bahan di bawah ini bagi membuat makjun Turki.

Anggur hitam – 40 biji

Ekor sapi/lembu – 200 gram

Lada putih/merica – 20 gram

Ketumbar – 20 gram

Madu asli – setengah cawan

Kicap manis – setengah cawan

Bawang putih – 4 ulas

Halia – 2 ulas

Kacang kuda – 50 gram

Cara membuatnya:

Peramkan anggur hitam seperti mengeramkan kurma pada pembuatan makjun Arab. Bubuh garam untuk mengelakkan cairan anggur itu rosak. Masa pengeraman adalah 5-7 hari. Ambil penapis masukkan dalam botol setelah pengeraman selesai. Botol mestilah ditutup rapat-rapat. (1)

Ekor sapi/lembu direbus sehingga airnya mendidih dan menjadi pekat. Tuangkan dalam cawan (2). Madu dan kicap manis dicampurkan dalam cawan. Kacaukan dengan camca kecil, hingga menyatukan (3). Bahan yang lain semua ditumbuk halus. Kecuali kacang kuda, direbus. Untuk digunakan sebagai bahan pelumat yang dicampurkan dengan tepung gandum secukupnya, kemudian diuli supaya menyatu (4).

Jadikan satu ramuan (1), (2), (3) dan (4). Rebuskan semula dengan api yang kecil. Diuli terus menerus dalam masa antara dua jam. Bila kelihatan sudah cukup padat untuk dijadikan makjun, berhenti menguli. Boleh membubuhi sedikit air, jika terlalu pekat/padat.

Setelah semua siap, jadikan makjun bulat-bulat kecil. Ringkasnya, makjun Turki pada bahagian dalamnya adalah campuran antara – kacang kuda, lada putih, ketumbar, bawang putih dan halia. Sementara lapisan luarnya ialah kacang kuda dan tepung gandum yang telah diuli dan dimasak dengan (1), (2) dan (3).

Amalan makan makjun Turki adalah pagi dan petang mengikut ukuran makjun biasa. Pantang larang ialah durian, pisang hijau dan pisang emas. Buah-buahan yang sejuk kurang baik bagi penderita lemah syahwat.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.