RECOMMENDED ARTICLES

Pokok Mengkudu


Khasiat Pokok Mengkudu
MORINDA citrifolia atau mengkudu, begitu dihargai di kawasan tropika dari segi khasiat ubatan. Di Negara kita, pucuk mengkudu direbus dan dimakan bersama sambal belacan sebagai ulam. Pucuk, daun, buah, kulit dan akar pohon mengkudu boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Khasiat Ubatan
Kulit dan akarnya mempunyai sejenis getah berwarna kuning digunakan sebagai antiseptic, membersih luka dan mengubati deman malaria. Air rebusan akar dan kulit kayu ini dijadikan air mandian penyegar deman, membersih luka dan digunakan semasa menyambut kelahiran bayi.
Daun Dan Pucuk
Di Malaysia, daun mengkudu yang dilayur diletakkan pada dada dan abdomen untuk rawatan batuk, mual, pembesaran limpa dan perut memulas. Masyarakat Filipina menggunakan cairan daripada daun mengkudu dalam rawatan penyakit radang sendi. Daun mengkudu digunakan juga dalam rawatan disenteri di kalangan masyarakat Kepulauan Solomon dan Taiwan.
Buah
Buah mengkudu dimakan dengan garam, sebagai rawatan untuk sakit sengal-sengal pinggang, asma dan disenteri. Sesetengah masyarakat di Jawa, Indonesia, menggunakan jus buah mengkudu bagi menyembuhkan batuk, deman berhempedu, pembesaran limpa, sukar buang air kecil dan kencing manis. Buah mengkudu dikatakan sebagai antihelminitik dan emenagog (bahan yang berupaya melancarkan aliran haid), manakala buah yang muda adalah emetic (ejen muntah).
Kulit
Rebusan kulit pokok mengkudu merupakan astringen (Bahan yang boleh mengecutkan tisu dan saluran darah) dan digunakan bagi merawat malaria. Rebusan kulit merupakan astringen terhadap masalah usus. Campuran kulit, akar dan buah boleh digunakan untuk membersih luka. Masyarakat New Guinea menggunakan campuran kulit akar yang mengandugi pigmen kuning, sebagai antiseptic. Di Kepulauan Solomon pula, kulit mengkudu adalah antara bahan yang digunakan semasa bersalin.
Komposisi Zat Makanan Bagi 100g Bahagian Yang Boleh Dimakan.

Komposisi Proksimat:
Tenaga
Kelembapan
Protien
Lemak
Khabohidrat
Gentian
Abu
30.0 kalori
89.1%
3.9g
0.6g
2.2g
3.0g
1.2g
Galian:
Klasium
Fosforus
Besi
114.0mg
14.0mg
2.8mg
Vitamin:
Beta Karoten
Aktiviti Vit A
Tiamina (B1)
Riboflavin (B2)
Asid Askorbik (Vit C)
9600.0mg
1600.0mg
0.15mg
0.32mg
115.0mg

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.