Khamis, 27 Januari 2011

Dato' Yusuf Haslam

Assalamualaikum,
Ada berita hot untuk para lelaki sekalian, kau orang ada tengok tak rancangan NONA pada hari Ahad 23.1.2011? Tentu adakan…. Hah ini aku mahu beritahu, rahsia ketampanan wajah dan kesihatan tubuh badan Dato' Yusuf Haslam. Tahu tak apa amalan minuman beliau setiap hari? Ya betul tekaan kau orang semua, memang beliau ada mengambil:
Apple hijau – 2 biji
Peria katak – 1 biji
Madu asli – 2 sudu makan
Cara penyediaan minuman ini mudah sahaja, di rumah kau orang ada Juice Extractor tak? Kalau ada, blender semua buah-buahan tersebut sampai keluar jus. Sebelum itu pastikan buah-buahan tadi di cuci bersih terlebih dahulu. Minum sekali sehari, inilah amalan Dato' Yusuf Haslam setiap hari. Tengok wajah beliau sentiasa awet muda dan kacak kan. Tubuh badan beliau perkasa, sihat walafiat kerana sentiasa bersenam bersama anak kesayangan dan tukang kebunnya. Filem arahan beliau semuanya Box Office, sebab minuman ini dapat memberi bermacam ragan idea kepada beliau sewaktu menghasilkan filem-filem yang berkualiti. Tip ini sungguh berguna untuk lelaki, khasiat minuman ini dapat membantu menguatkan akal fikiran dan kekuatan tenaga batin. Kepada blogger, cuba amalkan amalan ini setiap hari mudah-mudahan kita semua di beri kesihatan yang baik macam Dato' Yusuf Haslam.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.