Adsterra

Bekam

Assalamualaikum,
Pagi-pagi lagi isteri minta aku hantarkan dia ketempat kerja, alamak hari ini tidak boleh sebab aku sudah ada temujanji untuk membuat rawatan bekam.
Senyum isteri aku kurang lebar daripada biasa, maklumlah dia kurang sihat hari ini. Maaflah suamimu, ada tugas yang penting menunggu tepat jam 9.00 pagi nanti.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana isteri aku faham dengan tugasku. Semoga Allah memberi perlindungan kepadanya sewaktu memandu pergi dan pulang bekerja. Amin.
8.10 pagi aku keluar pergi beli sarapan, berjumpa dengan Tuan Azrin (Pemuda Masjid Ahmadi Kampung Rantau Panjang) dia beritahu ada program untuk muslimat dan suruh aku war-warkan kepada saudara dan saudari semua.
Program Bicara Hati Muslimah Bersama Personaliti Aishah "Janji Manismu". Moderator Dr. Rosni Adam (Pengarah Nisa Malaysia). Ahad 13 Mac 2011, 9.00 pagi. Bertempat di Masjid Sirajuddin Al Anuar, Kampung Batu Belah. Tolong war-warkan kepada muslimat. Semua di jemput hadir.
Tepat 9.00 pagi Hamba Allah dari Shah Alam tiba di rumah aku. Rawatan bekam berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa halangan. Allah telah memudahkan kerja aku.
Seronok berbual dengan Hamba Allah ini, beliau seorang pegawai bank yang baik budi bahasa dan sopan tutur kata. Jauh perjalanan luas pemandangan. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan nikmat kepada beliau. Amin.
Terima kasih kerana sudi datang.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.