Adsterra

Rawatan Resdung

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selepas membuat rawatan bekam lebih kurang 1/2 jam kemudian, Encik Zul berminat untuk membuat rawatan resdung pula dengan menggunakan kain lilin yang di bakar dengan api. Pertama kali beliau mencuba untuk membuat rawatan resdung ini. Alhamdulillah, rawatan berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa kemudaratan kepada beliau. Bagi sesetengah orang yang pertama kali membuat rawatan resdung menggunakan kain lilin yang di bakar dengan api cukup memeritkan sampai terkeluar air mata (menangis) kerana tidak tahan dengan asap yang keluar daripada kain lilin.
Kain lilin yang saya gunakan untuk membuat rawatan resdung adalah bersih, suci dan halal di buat oleh orang Islam. Sebelum membakar kain lilin saya menutup mata pesakit dengan kain kapas yang basah, supaya mata mereka tidak terdedah kepada bahaya api dan asap yang amat memedihkan.
Hama resdung keluar dari dahi di antara kening kanan dan kening kiri.
Setiap pernafasan akan diperhatikan sebaik mungkin supaya pesakit dapat bernafas dengan lancar dan teratur agar tidak semput atau sesak nafas. Cara pernafasan sewaktu rawatan resdung akan di ajar dengan tertib satu persatu.
Hama keluar di antara kelopak mata kanan dan mata kiri, di atas hidung kemudian turun ke pipi kanan dan pipi kiri. Di dalam lubang hidung hama telah memenuhi ruang rongga saluran pernafasan.
Hama resdung semakin merebak keluar dari bawah dagu turun ke leher dan bercambah macam cendawan halus.
Terpaksa guna 2 batang kain lilin baru dapat menggasak hama resdung supaya keluar lebih banyak dari dalam lubang telinga dan rongga disekitarnya.
Bagai cendawan keluar hama resdung menghiasi cupin telinga Encik Zul, kami ketawa gembira setelah rawatan selesai dijalankan. Syukur kepada Allah kerana kekotoran yang bersarang berpuluh tahun dalam muka beliau dapat dikeluarkan.






Rawatan resdung Atau Seduan Atau Sinus

Upah Lilin Resdung Atau Seduan Atau Sinus
1 Batang Kain Lilin RM 5.00
6 Batang Kain Lilin RM 25.00

Upah Bekam Resdung Atau Seduan Atau Sinus
 Biasa (Sekitar Muka) 5 Tapak RM 35.00
Overhaul (Sekitar Muka Dan Badan) 9++ Tapak RM 100.00

PERINGATAN:
Sebelum Datang Bekam, Makan Seadanya Untuk Alas Perut.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.