Isnin, 28 Mac 2011

Bekam

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana sekali lagi kita dapat bersama dalam sessi rawatan bekam. Hari ini tetamu yang saya hormati Encik Zul telah datang membuat rawatan bekam di rumah saya. Semasa rawatan sedang dijalankan tiada apa-apa halangan menganggu kerja saya, semua berjalan dengan lancar dan tenang.

Rawatan bermula pukul 11.30 pagi dan berakhir tepat pukul 1.00 petang.


Pertama kali mencuba rawatan bekam, Encik zul tenang dan tidak takut. Malah beliau berborak sambil bergelak ketawa sepanjang masa dengan saya. Seronok dapat berbual-bual dengan beliau. Sambil berborak terasa cepat masa berlalu.

Darah kotor banyak keluar dan berbuih kuning, air bisa juga banyak. Tiada sebarang masalah pening atau pitam. Beliau saya lihat seorang yang kuat semangat dan berhati waja.


Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada beliau dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah hendakNya. Amin, InsyaAllah.

Semua perkara yang baik datangnya daripada Allah, manakala semua perkara buruk datangnya daripada saya.
Jemput datang kepada tuan-tuan sekalian, buat temujanji dahulu ya.
SETIAP HARI RABU CUTI UNTUK RAWATAN BEKAM SAHAJA.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.