Sudah lama aku menyepi daripada update blog ini, sibuk sedikit menjaga hal ehwal rumah tangga. Maklumlah sekarang aku ada anak kecil yang perlu diberikan perhatian, maaf kepada kawan-kawan yang hubungi aku tidak dapat sebab handphone aku ada masalah sikit. Sekarang sudah ganti handphone baru, barulah lega pernafasan aku ini. Hari ini aku ingin update blog tentang rawatan bekam.
Alhamdulillah setelah sembilan hari membuat temujanji seorang pemuda datang membuat rawatan bekam, rawatan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan teknikal.
Sudah dua kali berturut-turut beliau datang membuat rawatan bekam dengan aku, syukur pada Allah kerana percaya dengan rawatan yang aku sediakan.
Jutaan terima kasih aku ucapkan kerana sudi datang membuat rawatan bekam, gembira dapat berkongsi cerita suka dan duka.
Mudah-mudahan Allah akan memberi kesembuhan yang baik serta dicucuri rahmat dan nikmat sehingga ke akhir hayat beliau. Amin. InsyaAllah.
Takde Masalah Jangan Cari Masalah. Ingat, kalau sakit kenalah berubat dan sentiasa panjatkan doa pada Allah supaya cepat sembuh.
Adsterra
TOLONG BACA
KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.