Adsterra

Jejak Akar Kayu Penawar Dan Racun

 Rasa bernafas semula setelah sekian lama terperap di dalam kepungan sihir yang maha dahsyat. Buka mata buka minda berserahlah pada Yang Maha Esa. Tersesat ke pulau, berjumpa guru tua.
Basahkan kaki kanan dan kiri mencari secubit penawar agar diri sembuh seadanya. Ujian akhir zaman era ke 40an rohaniku. Separuh umur aku telah tiada. Berendam di dalam air masin membuang saki baki penyakit yang lut sinar. Ajaib mainan syaitan.
Gagah kudrat berkat kepayahan yang melanda membuat hati mahu memeluk alam fana ini. Mahu cari rahsia alam penawar dan alam racun di dalam kalam. Akhirnya bertemu di pulau ini. Sambil merendahkan diri dan sujud syukur aku pulih seadanya.
Baik berbicara seribu sahabat, tetapi buruk bicara sejuta kemusnahan di dalam perjalanan hidup yang hampir meniti kematian. Kembara di pulau membuka keinsafan diri. Pesan pada diri sendiri, jangan tutup pintu rezeki orang sebab Allah sentiasa akan membukanya. Zalim pada orang yang tidak pernah kacau kita, itu jahat namanya.
Di sapa aku menyahut, di sindir aku berdiam. Tapi ingat pesan aku, jangan bermain api. Api itu akan membaham kau nanti. Hati-hati! Anda di dalam perhatian. Jangan sampai aku menyeluk pekasam dan berdakwat hitam.
 Kelui sahaja depan rumah kalau rasa tidak puas hati, jangan simpan dalam hati nanti kau yang rugi. Mahu rasa macam mana kena sihir? Boleh... semua itu tiada masalah, adakah sudah bersedia?
 Sekali baik, aku akan sepuluh kali ganda lagi akan membaikkan diri. Bawalah nama aku ke ceruk rantau, tanya kejahatan yang pernah aku buat? Ada? Ok bentangkan.
Satu pesan dari pada aku, iaitu tangan aku sekarang bersih. Aku tidak mahu kotorkan tanganku lagi. Faham! Akan ada orang belakang yang akan membela aku. Tetapi sampai bila? Bila? Banyak aku mencuci jiwa dan raga di pulau ini. Terima kasih dengan perjalanan yang panjang.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.