Adsterra

Terbang lagi dalam ikhtiar belajar tentang penawar dan racun

Assalamualaikum.
 Mencari dengan bebas tanpa ada prangsaka. Terbang dan terbang lagi berjumpa pakcik tua belajar tentang penawar dan racun.
 Indah tempat orang, 101% dari tempat sendiri. Tapi hati tetap nafikan. Ada baik dan ada buruknya.
 Perjalanan panjang lebih dari jangkaan. Penat, letih dan lengguh menghimpit diri.
 Hirup udara segar yang paling nyaman. Rohani, Rohibofi, Rohazali dan Rohalqudus menjadi gemilang.
Kuasa alam yang 1. Tanah, air, api dan angin berkumpul di dalam jasmani mengembalikan kekuatan Aura yang telah lama kusam.
Asah kaki kanan dan kaki kiri mendaki mencari penawar dan racun. Membasuh tangan kanan dan tangan kiri setelah berjumpa penawar dan racun.
 Luas ilmu Allah s.w.t. Rasa diri kerdil dengan limpahan dosa-dosa yang silam.
Setiap langkah ini semakin hampir pada kematian. Tapi amalan masih belum cukup untuk dibekalkan ke alam sana yang jauh tidak terhitung.
Maafkan aku, pada siapa yang pernah mengenali diri ini. Aku Mohd Kamal atau Mohd Azland dengan rendah hati memohon maaf diatas kesalahan yang pernah aku lakukan. Maafkan segala kesilapan aku yang lalu. Aku dihimpit dengan dosa-dosa yang lalu. Perjalanan aku sudah hampir tamat. Mudah-mudahan doa kalian sentiasa menemani aku. Redha.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.