Adsterra

Lautan Penawar Dan Lautan Racun

The Taaras Beach & Spa Resort
Dalam meredah lautan penawar dan lautan racun, mengalah bukan jalan keluar untuk aku menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah datang memang tanpa diundang. Perelokkan masalah dan jadikan pengalaman.
 Kuatkan hati, jangan patah semangat. Hidup ini memang banyak pancaroba. Tapi Allah masih ada. Apa pun yang terjadi aku tetap hidup untuk hari ini. Hati boleh patah, semangat tidak boleh patah. Raga boleh hancur, impian tidak boleh hancur.
Melihat ke belakang hanya memberikan aku satu penyesalan, Namun melihat ke depan memberikan aku seribu kesempatan yang baru. Hari yang lepas biarlah menjadi sejarah, maka hari baru bukalah lembaran baru.
 Tidak pernah aku tutup perasaan aku. meskipun mulut aku tidak mampu untuk berkata 'tidak'. Tapi hati aku tidak akan pernah berbuat demikian.
Aku tidak pernah membiarkan hal buruk membuatkan aku semakin buruk. Aku jadikan mereka sebagai tauladan untuk aku memiliki peribadi hari ini yang lebih baik dari semalam.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.