Adsterra

Penawar Dan Racun Dalam Negeri China.

 Hong Kong Disneyland Resort, Penny's Bay, Lantau Island, Hong Kong. Jenuh mencari penawar dan racun sampai ke Negeri China. Jumpa tabib tua yang berpengalaman dalam hal ehwal penawar dan racun.

Mickey dan Minie teman setia di kala racun merebak dalam diri memberi secubit penawar agar diri tenang dalam tawar senyuman.
 Langkah kaki normal tanpa rasa terburu-buru dalam mencari penawar dan racun di sebalik dinding batu.
Di sambut dengan senyum para puteri yang jelitawan, cair jiwa raga yang penuh dengan racun.

 Penawar mata yang hanya sementara di kupas dengan kepura-puraan senyuman yang indah. Penawar itu ada di sini tetapi bersifat sementara.
 Mengambil angin sejenak, dada berombak kecang apabila racun semakin merebak di dalam diri. Memberi laluan kepada penawar mengambil alih tugas menyahkan racun dalam badan.
 Berhenti lagi apabila penawar semakin membuak-buak dalam dada. Tekanan dan tidak seimbang menjadikan badan mencari semula racun untuk diatasi.
Makan racun dan makan penawar masih belum pulih tekanan jiwa yang melanda dalam diri. Jeritan batin memekik memanggil zahir untuk merawat minda dan hati.
Senyum seketika cuma bila ada hembusan bayu sejuk membelai diri. Dingin sampaikan nafas berasap nipis menghembus racun dan menyedup penawar.
 Fikiran semakin berat bila mana mata bermain dengan angka. Tik tok tik tok berlalu tanpa keluar dari tempat ini yang hanya menjerumus kedalam keracunan.
Ambik nafas pejamkan mata hirup puas-puas penawar yang masih besisa di dalam udara di tempat ini.
Penawar dan racun masih ada dan akan ada selamanya.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.