Adsterra

Minyak Cula 13 Jenis Akar

Assalamualaikum, rahmat dan nikmat Allah kepada kami dan kawan-kawan sungguh luas dan bertebaran disegenap pelusuk bumi yang bertuah ini. Setiap langkah kaki kami semua mendapat rezeki yang tanpa disangka-sangka setiap waktu dan masa. Sudah menjadi kebiasaan apabila kawan-kawan yang memiliki cula buaya datang bertamu ke rumah untuk berkongsi ilmu membuat minyak.


Akar pokok serai wangi yang berusia 5 tahun telah disaring dan dibersihkan dengan rapi untuk dijadikan bahan utama membuat minyak cula 13 jenis akar.
Akar kayu asli tongkat ali pula kami kikih sehalus mungkin dan kisar dengan blander supaya menjadi serbuk yang paling halus.
 Akar kayu dari pokok hayat juga digunakan untuk diperap bersama bahan-bahan lain.
Buah ajaib dan daun seratus ringgit juga disebatikan bagi menaikkan aroma bau wangi sebab minyak cula 13 jenis akar ini sememangnya busuk. Apabila semua sebati aura bau yang menyenangkan timbul dan bau kurang enak tiada.
Akar pokok senduduk putih kami jemur selama seminggu.
Akar tebu hitam, akar tebu berma dan akar tebu telor memang perlu bagi memdapat aura kekuatan pokok tebu itu sendiri.
Cula buaya kenalah letak sikit sebab nama minyak pun 'Minyak Cula 13 Jenis Akar'.
Akar ke 11, 12 dan 13 biarlah rahsia khikhikhi.
Akhir sekali doa-doa terpilih dan seorang Ustaz yang dihormati dan disanjungi diberi mandat untuk mendoakan kebaikan demi kebaikan kepada minyak cula 13 jenis akar ini.

Alhamdulillah proses untuk mencari bahan-bahan tidaklah sesukar mana. Kami saling bantu membantu mencari perkara yang dihajati. Sesiapa berkelapangan akan turun ke hutan dan belukar mencari akar kayu dan bahan-bahan yang istimewa sesuai untuk di adun dijadikan minyak cula 13 jenis akar kayu.
Bersatu teguh bercerai roboh itulah slogan kami apabila bersama di dalam ikatan ukhwah persaudaraan yang terbina dengan limpah rahmat dan kasih sayang Allah. Sambil lepak minum kopi 'o' kami berkongsi ilmu dunia yang mana perlu dan baik sahaja. Janji silaturohim diantara kami terjaga dengan santunnya dan berkekalan selamanya.


Saling berkongsi ilmu Allah yang Maha Luas. Doa-doa yang kami rasa baik dan bermanfaat akan di isi dengan penuh tawaduk serta rendah hati dan beradap sopan dalam keadaan yang paling tertib. Mudah-mudahan mendapat rahmat dan nikmat daripada Allah s.w.t.

Minyak Cula 13 Jenis Akar
Bukan untuk dijual hanya untuk kami sahaja

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.