Adsterra

Penawar Ombak Dan Racun Ombak

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w..b.t,
 Lamanya aku tidak update blog ini. Banyak perjalanan mencari penawar ombak dan racun ombak terbengkalai. Masa sangat terhad sekarang, waktu berlalu sangat cepat dan pantas semua perkara mahu buat dalam 1 masa, akhirnya aku tidak ada waktu yang terluang. Kebingungan...
 Sakitnya semasa aku jatuh tempohari, nasib baik tulang tidak patah. Hanya luka dalaman sebab terkoyak otot. Berehat sementara dari semua aktiviti mengurut dan berbekam. Jelajah ke Pulau Ombak. mencari penawar ombak dan racun ombak. Berjumpa 1/2 penawar ombak dan 1/2 racun ombak, sungguh terhad apa yang aku dapat. Tidak mengapalah, apa yang penting perkara yang dihajati di dalam genggaman.
Walaupun sakit aku gagahi juga untuk datang ketempat ini. Ada sesuatu milik aku di dasar lautnya. Alhamdulillah, aku dapat sebutir permata yang aku dambakan selama ini. Terima kasih Guru Tua kerana memberi petunjuk yang jelas kepada aku ini.
 Aku berehat disini semahunya, tenang dan damai menghirup udara laut yang segar. Sambil berehat aku berubat luka dalaman ini. Ada hikmah aku sakit ini, Allah mahu aku berehat dari kesibukan hal-ehwal duniawi. Ada juga masa berkualiti dengan keluarga. Dapat ketawa bersama keluarga memberi seribu rahmat dan nikmat.
 Melihat matahari jatuh 1 kepuasan pada diri ini. Syukur dapat melihat keindahan alam milik Allah. Aura positif 100% menular dalam diri setiap masa berada disini. Memang tempat ini terbaik untuk berehat apabila diri dilanda musibah. Kesan positif disini membuatkan aku sihat dan bersemangat. Ikatan ukhuwah keluarga terjalin dengan sejuta kecintaan.
Sujud syukur dapat menikmati setiap detik masa-masa berkualiti dengan orang yang kita sayangi dan kasihi. Semoga kebaikan kekal dengan aku dan keluarga.
Wallahu a'lam.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.