Adsterra

Penawar Dan Racun Belukar Hijau

Assalamualaikum,
Tiba hari yang dinantikan untuk meredah hutan mencari segenggam penawar dan racun belukar hijau. Untuk dijadikan bahan uji kaji bagi rawatan urut tradisional lelaki. Sungguh payah mahu selongkar belukar hijau yang penuh dengan biawak dan ular. Geli geleman seluruh badan Allah saja yang tahu.
Menyesal rasa hati turun ke belukar hijau dan bergelumang dengannya. Penatnya bukan kepalang. Harga yang perlu dibayar bukanlah setimpal apa yang telah aku hadapi sekarang. Memandangkan nawaitu mahu tolong orang kerana Allah aku keraskan hati redah belukar hijau semampunya. Menjerit bila lihat biawak dan ular berenang, seram sejuk jugaklah perasaan.
Allah Hu Akbar, hebatnya dugaan. Letih, penat, lapar, dahaga dan takut pun ada hanya Allah saja yang tahu. Dalam belukar penuh dengan nyamuknya, pacatnya, biawaknya, ularnya dan macam-macam lagi dugaan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Hampir putus asa sebab tidak menduga betapa payahnya mahu dapatkan apa yang dihajati di belukar hijau ini.
Pengalaman kali ini sungguh stress serta terasa sangat payah, tiada senyuman dari wajah aku. Langsung tiada mood mahu bercakap dan bergurau senda. Dalam fikiran hanya mahu segera keluar dari belukar hijau dan menuju kedestinasi perkhemahan untuk berehat. Lapar dan mahu segera tidur sebab kepenatan, urusan lain biarlah ditunda pada keesokkan harinya. Apa yang penting sekarang mahu bantal dan tilam yang empuk. Ada ke semua itu?
Dapat makan nasi berlauk daging kijang mungkin aku akan senang hati semula. Rezeki Allah memang rahsia, terima kasih Allah. Ada mata pandang ada telinga dengar, berhati-hati setiap masa dan sentiasa peka kepada bunyi yang ada di tapak perkhemahan disekitar belukar hijau.
Dapat berehat satu kenikmatan yang tiada tandingannya, tidur semahunya walaupun tempat kurang selesa sebab berlantaikan batu bukit. Talian telco telefon bimbit langsung tiada, tidak dapat update blogger. Hanya dapat tangkap gambar dan rakam video sahaja.
Dapat apa yang dihajati tidak banyak dan tidak sedikit bolehlah dikongsi dengan tetamu nanti seorang sedikit In Sha Allah. Kalau mahu beli online memang mahal dan harga apa yang aku cari ini langsung tidak munasabah, semua mahu ambil kesempatan di atas alasan barang susah mahu dapat.
Agak-agaklah dalam berniaga, utamakan sifat sedekah kalau kedekut kelak rugi diri sendiri, biarlah sama-sama pakat merasa banyak sama banyak dan sikit sama sikit. Berlaku adil dalam urusan jual beli, in sha Allah nanti segala urusan kita akan Allah permudahkan. Wallahu a’lam bish-shawabi.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.