Adsterra

Masjid Central Songkhla, Thailand

Syukur Alhamdulillah dapat jejakkan kaki ke Masjid Central Songkhla. Masjid itu sungguh besar dan menakjubkan. Ia mempunyai pancutan air yang indah terletak di dalam kolam. Dengan pemandangan gunung, masjid ini menjadi tempat yang menarik dan tenang untuk dikunjungi. Permandangan akan menjadi lebih cantik dengan suasana matahari terbenam, Masya Allah.
 Sangat luas menyegarkan dan mendamaikan. Landskap pemandangan yang sangat bagus. Tempat yang baik untuk dikunjungi kemudahan semuanya lengkap.
 Bangunan masjid tiga tingkat berdiri dengan sempurna. Hiasan-hiasan di luar bangunan adalah luar biasa. Tetapi dari segi kebersihan, terutamanya bilik tandas dan tempat wudhu tidak memenuhi kehendak saya. Permandangan dari tingkat 3 benar-benar bagus. ruang solat untuk muslimah berada di tingkat 3 dan ruangan cukup selesa, ruangan dihiasi dengan banyak cermin yang menarik.
In sha Allah kalau ada rezeki kami mahu datang untuk berjemaah di sini lagi. 
   
 Dalil Dari al-Quran al-Karim
Maksudnya : “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya”. ( al-Nisa’ 4 : 103 )

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.