Alhamdulillah, penat jerih panjat bukit akhirnya terbayar sudah harga yang setimpal. Dapat akar kayu segenggam dua untuk dicampurkan dalam minyak zakar buaya. Masih terasa bisa pada tapak tangan masa memangkas pokok-pokok herba, kami buat dengan penuh tertib dan kasih sayang bukan main sedap menetak sahaja. Hormat pada alam hutan yang banyak khazanah rahsianya.
Ambik apa yang patut dan tidak tamak, selepas itu kemaskan kawasan serapi mungkin biar semangat hutan itu kekal dengan keindahannya.
Ada kawan yang terlepas pandang tentang perkara kebersihan terpaksa di tegur supaya membuang tabiat pengotor mereka itu. Lain kali jangan harap dapat ikut lagi kami masuk hutan cari akar kayu. Ada barang baik pun, kami tidak akan berkongsi lagi harap maklum.
Ini pesan pada diri sendiri, bawalah kebaikan dimana sahaja kita berada. Baik kita pun ada makna, kita berkawan pun berpada-pada. Sekarang kita memang beringat, jangan cari musuh kita pun bukan suka sangat bermusuh tapi kalau sudah geruh apa boleh buat kita langkah kaki kanan dan kita ikut hembusan hidung mana yang lancar dahulu. Kaki itulah akan langkah dahulu.
Kita selalu mengalah, dan kita memang akan mula dulu untuk hormat orang. Kita rasa mengalah itu tidak kalah.
Minyak zakar buaya untuk rawatan urut tradisional sahaja bukan untuk dijual. Terima kasih.