Assalamualaikum,
Selama 3 tahun menyepi dari aktiviti blogger, kuasa pendemik 2019 - 2022 sungguh dahsyat dan menyayat hati semua warga dunia. COVID-19 di Malaysia KKM sahkan pertambahan kes positif setiap hari dan setiap masa. Jumlah kes jangkitan merebak dengan meluasnya dan berlaku dalam sekelip mata. Masa itu keadaan menjadi sangatlah sukar pertumbuhan ekonomi menjadi suram dan ramai menanggung akibatnya.
Urut Tradisional Lelaki juga mendapat tempiasnya, apakan daya keadaan sukar di kawal selia. Saya memohon ampun dan maaf kepada tuan-puan semua, kerana tidak dapat memenuhi kehendak tuan-puan sekalian. Kesan berkaitan COVID-19 sungguh tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ada ahli keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat taulan saya meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19 ini.
Peristiwa ini satu pengalaman yang sangat ngeri untuk dikenangkan. Hanya doa dan bertawakal kepada Allah yang Maha Esa. Mudah-mudahan roh pesakit COVID-19 dicucuri rahmat dan nikmat semua, amin.
Insya-Allah apabila keadaan beransur tenang dan kes COVID-19 menurun saya akan membuka semula Pusat Rawatan Urut Tradisional Lelaki ini. Upah seperti dahulunya seikhlas hati tuan-puan. Marilah kita semua berdoa diberikan kesihatan yang baik zahir dan batin, sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. Amin.
Semasa era pendemik yang lalu banyak perkara yang saya belajar, insya-Allah bila ada peluang nanti saya akan kongsikan serba sedikit apa yang saya belajar itu dengan tuan-puan sekalian semoga bermafaat hendaknya.
Akhir kata semoga tuan-puan semua sentiasa sihat walafiat dan mendapat limpahan rezeki yang halal dan diberikan keberkatan hidup. Setiap masa saya sangat rindu untuk bertemu dengan tuan-puan sekalian. Mudah-mudahan rindu itu akan terubat juga satu hari nanti.
Sekian,
Wasalam.