KUASA YANG MENYEMBUHKAN
KUASA menyembuhkan penyakit itu ada pada Allah s.w.t. Namun demikian ikhtiar untuk mencari jalan bagi menyembuhkan penyakit itu adalah wajib.
Pada hakikatnya penyakit yang dialami oleh seseorang itu mempunyai hikmah tertentu yang tidak diketahui, tetapi yang jelas seseorang yang mengalami penyakit ini biasanya akan merasa lebih dekat dengan Allah s.w.t. asalkan orang itu mahu bersabar apabila belum mendapatkan jodoh ubatnya. Dengan lain perkataan, belum lagi disembuhkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku."
(Asy-Syuara: 80).
Dalam konteks rahsia lelaki, masalah, sebab-sebab dan cara-cara mengatasinya, mengandungi 10 sebab-sebab seseorang itu mengalami lemah syawat, di antaranya berpunca dari pemakanan, pergaulan sumbang, tekanan jiwa/fikiran,
kecuaian, melanggar pantangan, terkena sumpahan, gangguan makhluk halus jin dan sihir.
Cara mengatasinya yang akan diterangkan dalam blog ini meliputi berbagai aspek ilmu dan cara tradisional warisan orang tua-tua, pembuatan makjun dari Arab, Turki, Madura, Jawa dan lain-lainnya.
Di samping itu ada juga cara penyembuhan dengan cara refleksi picit China, riyadah kesihatan dan lain-lain sebagainya dalam aspek agama.
Pada Allah s.w.t. juga kita bertawakal. Selamat Membaca.
Takde Masalah Jangan Cari Masalah. Ingat, kalau sakit kenalah berubat dan sentiasa panjatkan doa pada Allah supaya cepat sembuh.
Adsterra
TOLONG BACA
KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.