RECOMMENDED ARTICLES

PESAKIT YANG BUDIMAN

ASSALAMUALAIKUM WBT.

3 hari lepas ada seseorang datang mengurut dengan aku, nama samaran beliau adalah 'D'. D baru lepas eksiden motosikal 6 hari lepas, kaki kanannya bengkak masuk angin. D meminta bantuan daripada aku untuk mengurutnya, kerana simpati dan rasa ehsan sesama manusia aku menjalankan tugas dengan ikhlas hati. Sebelum memulakan tugas mengurut, aku membaca doa memohon perlindungan daripada Allah supaya dijauhkan daripada sebarang gangguan syaitan yang di rejam. Badan D ada badi eksiden, budak India yang langgar D patah kaki dan tangan, manakala D cedera ringan sahaja. Sebelum memulakan urutan aku ada berpesan pada D, aku cuma berikhtiar untuk mengurutnya, yang menyembuhkannya adalah Allah. D tersenyum sinis, semasa aku mula membaca doa memohon petunjuk daripada Allah. Rawatan urut dari kepala sampai ke pinggang berjalan dengan lancar dan tiada gangguan, apabila urutan sampai ke bahagian kaki kanan D, dia mula meronta-ronta kesakitan. Mulutnya terkeluar perkataan celupar Ba**, Pu** M**, Pa*t*t, C*b*i dan Ana* Ha**m. Hai aku terkelu lidah terdiam, ini kes baru dalam hidup aku. Selesai mengurut D, aku menerima upah rm30. Sebelum D pulang dia sempat lepak dan borak-borak dengan aku berkongsi pengalaman eksidennya 6 hari lepas. Umur D sudah 45 tahun ada anak 5, 1 lelaki dan 4 perempuan. Orangnya pendiam dan banyak berahsia, wataknya garang dan bengis. Akhirnya D minta diri untuk pulang kerumahnya. tup tap tup tap semalam D datang ke rumah aku, wajahnya berseri sewaktu memberi salam dan tersenyum manis. Aku pelawa dia masuk ke dalam rumah, dia masuk dan duduk di atas lantai. Tiba-tiba D beritahu kaki kanannya belum sembuh lagi, dia marah pada aku. D kata tidak guna aku baca ayat suci Al-Quran kalau kaki kanannya tidak sembuh-sembuh. Aku tersentak, aku cuba kawal dan tenangkan keadaan. D tidak boleh terima kenyataan yang kakinya masih bengkak dan ada bonjolan kecil, aku di maki manakala ayat-ayat suci Al-Quran yang aku gunakan dihinanya. Allah Hu Robbi, D macam hilang akal yang waras. Wataknya berubah jadi garang dan bengis seolah-olah mahu belasah aku cukup-cukup. Tetapi aku mendapat perlindungan daripada Allah, D tidak dapat membuat apa-apa pada aku. D minta duit dia dikembalikan, aku pulangkan semula duit D rm30. Tidak ingin aku nak makan duit dia. Setelah D pulang aku pun carilah sesiapa sahaja yang mengenali diri D ini. Akhirnya barulah aku tahu siapa D sebenarnya, tidak sanggup aku mahu war-warkan kejahatannya. Macam-macam cerita aku dengar tentang diri D ini. Kepada D, kalau terasa dan tidak berpuas hati boleh datang jumpa aku di rumah bila-bila masa. Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau. Aku akan buat solat hajat 12 rakaat selama 12 hari berturut-turut D, tak cukup 12 hari aku akan sambung terus selama 40 hari. Kita tunggu dan lihat kekuasaan Allah. Hari ini hari kau D, esok mana tahu hari aku pulak. Ingat D, langit tidak selalunya cerah?. Allah Hu Robbi, mudah-mudahan aku mendapat perlindungan daripada Allah. Amin. Allah Hu Alam.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.