Ahad, 23 Januari 2011

MENGATASI MASALAH LENGUH-LENGUH SERTA SAKIT PINGGANG

Adakalanya bila telah bekerja keras sepanjang hari pinggang anda akan terasa sakit dan lengguh. Untuk mengatasi masalah tersebut cubalah petua berikut:

Halia – Sebasar ibu jari

Ubi cekur – Sebesar ibu jari

Bawang merah – 3 ulas

Limau nipis – 3 biji

Kemudian cuci bahan tersebut sehingga bersih dan suci, parut dan gaulkan sehingga sebati. Masukkan bahan yang telah diparutkan tadi ke dalam gelas kemudian masukkan air panas secukupnya. Setelah itu perahkan limau nipis kedalamnya sambil di kacau rata-rata dan diminum. Mulakan dengan Bismillah. Berdoa supaya Allah memberikan kesembuhan. Insya'Allah mujarab.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.