Olesan Luar Bagi Menegangkan Zakar
Daun limau nipis – segenggam
Daun jarak – 2 helai
Caranya:
Dua jenis daun itu ditumbuk sehingga lumat, tanpa dibubuhi air. Pada waktu bangun tidur pergi ke bilik air, sebaiknya sebelum subuh. Ludah air liur basi dioleskan dengan dua ramuan tadi, seterusnya oleskan pada zakar.
Gunakan kain nipis untuk membalut supaya ramuan itu melekat. Zakar yang sensitive mudah bertindak balas dan zakar akan lebih mudah untuk menegang. Amalkan seminggu sekali/dua kali. Buka kembali pembalut selepas beberapa jam, kemudian cucilah bahagian batang zakar dengan air suam.
MENYEDIAKAN MINUMAN HARIAN:
Minuman harian berikut ini adalah untuk membantu menyembuhkan dan salah satu cara bagi pencegahan lemah syahwat.
MINUMAN PADA WAKTU PAGI:
Di samping minuman biasa, sediakan minuman yang di buat dari campuran susu dan kismis. Caranya kismis dilumatkan di campur dengan susu dan dimasak.
Boleh membuat untuk persediaan, dengan menyimpan minuman itu dalam peti sejuk dan panaskan terlebih dahulu setiap pagi/kali akan minum.
MINUMAN PADA WAKTU MALAM:
Segelas air rebusan kacang hijau diberi serbuk lada putih 10 biji yang ditumbuk halus. Lebih baik jika tidak letak gula.
Minuman waktu mala mini boleh bertukar dengan minuman air halia tidak manis dibubuhi kuning telur ayam kampong dan diberi madu asli secukupnya.
PENTING DIKETAHUI:
Cara makan atau minum itu dengan duduk. Makan dan minum sambil berdiri bukan saja tercela, malah mengakibatkan gejala yang tidak sihat. Biasanya seseorang yang makan/minum sambil berdiri terlupa mengucapkan Bismillah.