Adsterra

Penawar Racun Di Pondok Tua

Sejak akhir-akhir ini aktiviti sangat padat dan sibuk. Tercekik masa lapang dalam keterpadatan waktu. Masih dalam mencari penawar racun. Jauh sungguh bermudik sampan ke muara, dari hulu kehujungnya. Asal beroleh ilmu yang bermanafaat untuk abdikan diri kepada nusa dan bangsa.
 Penawar racun payah sungguh untuk mencarinya. Kelak nanti tidak disalahkan, berpantang undur sebelum menemuinya. Bertamu di tempat orang adat dan susila sentiasa dijaga walaupun kepayahan melawan racun dalam diri. Melangkah dengan membawa seribu harapan agar tercegah dari racun yang menular di dalam diri.
Hanya berbekalkan nekad yang jitu kesusahan akan diharungi jua. Pujuk kata hati jangan dikongsi kesusahan walau berat dugaan ditimpa. Bahagia jangan di hina takut melarat di bawa pergi meninggalkan kita. Ketawalah walaupun lumpuh keberhasilannya.
Menjejakkan kaki ke sini bagaikan kaca mimpi, berjumpa Pok Tun mengubat jiwa lara yang sudah lama kering dengan kalimah-kalimah kalam mulia. Tenang dan damai alunan ayat-ayat suci dari bibir Pok Tun, Masya Allah janji Allah itu pasti untuk kita bersua. Tunduk syukur mencium tapak tanganmu wahai pakcik tua yang hina di mata orang tapi di mata aku engkaulah teristimewa.
Apa ada pada luaran? Hanya fitnah dunia semata-mata. Zuhud penampilan dan tempat tinggal. Kalah orang-orang yang bergelar seseorang di luar sana untuk menyaingimu. Berazam dan tidak mahu tersilap aku mahu datang lagi kesini untuk bertemumu.
 Biarlah aku menjadi tetamumu dan janganlah engkau bosan dengan petahnya percakapan aku ini, aku dalam proses belajar dan belajar sehingga putus nafas ini. Mudah-mudahan ada sepotong dua ajaran dapat aku amalkan dikemudian hari nanti. Tersenyum riang menatap wajah zuhudmu. Meski kurus tubuhnya dan lanjut usianya, Pok Tun memegang posisi yang cukup penting dalam pasukan Islam.
Bila kepayahan atau merasa terdesak dalam mencari penawar racun aku mengurut dada perlahan-lahan pujuk hati agar sentiasa bersabar. Ujian ini adalah kesalahan masa lalu yang mengerikan untuk difikirkan. Suatu ketika di saat terjadi pertempuran yang dahsyat dalam hidupku, aku keliru dengan diriku. Biarlah sejarah itu pergi dalam lipatan ingatan yang kian parah. Berlalulah....

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.