Adsterra

Memaparkan catatan dengan label Apakah Ubatnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apakah Ubatnya. Papar semua catatan

LEBIH AKTIF LEBIH BAIK




Aktifkan diri setiap hari dengan pelbagai aktiviti fizikal kegemaran anda. Aktiviti fizikal memberikan kita pelbagai kebaikan, antaranya:

👍🏻 Mengekalkan keseimbangan tenaga masuk dan keluar

👍🏻 Membina dan meningkatkan jisim otot

👍🏻 Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD)

👍🏻 Memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan

👍🏻 Menyokong imuniti

👍🏻 Memperbaiki kualiti tidur

Apa lagi, jom aktifkan diri!

Masalah geli kepala zakar

DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN UBAT

DOA SEBELUM MAKAN UBAT.

Kebiasaanya doktor akan menasihatkan supaya ubat diambil selepas makan. Oleh itu, hendaklah membaca doa ini:-

Hadis dari Muhammad bin Khatib, sabda nabi s.a.w.:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.


أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبِّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِي إِلَّا أَنْتَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَلُكَ الْعَافِيَةَ.


Ertinya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang". "Ya Tuhan manusia, hilangkan derita, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh Kecuali Engkau". "Ya Allah, hamba bersungguh memohon kesihatan kepadaMu".

(Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)


DOA SELEPAS MAKAN UBAT.

Setelah selesai makan ubat, bacalah doa ini:-

Hadis dari Abi Umamah, sabda nabi s.a.w.:


الْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَفَانَا وَارْوَانَا غَيْرَ مَكْفِيٌّ وَلَا مَكْفُورٍ.


Ertinya:

"Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kita kecukupan dan kepuasan yang tidak terabai dan tidak tertolak".

(Riwayat Bukhari)

UNTUK MEREDAKAN SUAMI ISTERI YANG BERSELISIHAN FAHAM

Jika terdapat pasangan yang selalu berselisih faham sehingga menimbulkan masalah dan menganggu jiran tetangga, maka ayat ini dapat dipergunakan untuk meredakannya. Caranya adalah:

Sediakan gambar orang lelaki dan perempuan itu. Nama lelaki dan nama ibunya ditulis pada gambar isterinya, manakala nama isteri dan nama ibunya di tulis pada gambar suaminya. Menulis harus dengan jarum tembaga tanpa tinta. Ayat tersebut di bawah ditulis pada kertas dilipat dan diletakkan pada gambar suami isteri itu. Kemudian diikat dan ditanam di bawah pohon yang berbuah. Insya' Allah kedua orang itu (suami isteri) itu dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Inilah ayatnya.


Firman Allah SWT; surah al-Baqarah, ayat 74:





Adab Di Waktu Makan Dan Minum

Anda tentu bercita-cita untuk hidup sihat, bahagia, aman dan jauh daripada segala penyakit. Oleh itu hendaklah kamu berjaga-jaga. Bersihkanlah diri, jangan makan benda-benda yang haram dan kotor, makanlah makanan yang bersih, halal. Rasulullah s.a.w. bersabda:


مَا مَلَأَ ابْنُ آدَمِ وِعَاءَ شَرًّا مِنْ بَطْنِهِ.


Ertinya:

"Janganlah anak adam memenuhkan perutnya kerana ia akan mendatangkan penyakit".

Hadis menyuruh kita makan secara serdehana sahaja, janganlah terlalu kenyang dan jangan pula terlalu sedikit. Apabila kamu hendak makan, basuhlah tangan terlebih dahulu mulakanlah makan itu dengan menyebut nama Allah iaitu:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Ertinya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih".

Mulakan dengan tangan kanan dan ambillah makanan yang paling dekat dengan kamu. Janganlah kamu makan dengan gelojoh, kunyahlah dengan perlahan-lahan kemudian barulah ditelan, kerana makanan yang kurang hadam itu akan menyakit perut dan kadang-kadang membawa banyak penyakit. Janganlah makan di atas tembok, di tengah jalan sebagai mana dilakukan oleh setengah-tengah orang, yang tidak ada didikan. Makanlah di tempat yang sesuai kerana makan di jalan atau di tengah jalan melambangkan keperibadian yang tidak baik.

Janganlah kamu bersifat bakhil dan kedekut ketika sedang makan. Pelawalah sesiapa yang berada berdekatan, lebih-lebih lagi kalau yang berdekatan itu orang-orang yang susah dan miskin, sedekahlah walaupun sedikit. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:


إِنَّ صَدَقَةَ السِّرِّ تُطْفِيءُ غَضَبَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى.


Ertinya:

"Bahawasanya sedekah secara senyap itu akan akan mendapat keampunan dari kemurkaan Allah Ta'ala".

Janganlah makan dengan menggunakan pinggan mangkuk yang kotor, kerana bekas yang kotor akan membawa penyakit. Kalau hendak makan pilihlah tempat-tempat yang sesuai untuk makan. Juga kalau hendak minum, minumlah air yang telah dimasak, sebutlah nama Allah bila hendak minum. Janganlah minum sekaligus, minumlah sedikit demi sedikit, hingga tiga kali teguk. Setelah selesai ucapkanlah:

الْحَمْدُ الله

menandakan syukur kepada nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya.



TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.