Adsterra

Memaparkan catatan dengan label MASALAH HUBUNGAN SUAMI ISTERI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASALAH HUBUNGAN SUAMI ISTERI. Papar semua catatan

Apakah Orgasma Menyebabkan Cepat Tua?

Saya Zaleha berusia 37 tahun dan sudah bersuami (berusia 44 tahun). Saya sudah berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Lima tahun kebelakangan ini saya telah merancang dengan cara menggunakan alat dalam rahim. Perkahwinan kami bolehlah dikatakan bahagia meskipun suami saya sering berada di luar daerah. Biasanya, suami saya akan kembali setelah tiga minggu berada di tempat pekerjaannya. Ini bermakna hubungan seks kami terpaksa mengikut jadual kerja suami. Tetapi kami selalu merasa puas. Cuma kebelakangan ini saya merasa runsing. Seorang kawan telah memberitahu saya bahawa, hubungan seks yang berlebihan dan orgasma yang kerap akan menyebabkan seseorang akan menjadi lekas tua dan putus haid. Oleh kerana itu saya menjadi takut. Saya selalu gelisah kerana tidak tahan menahan orgasma yang selalu memuncak. Kalau tidak tertahan saya akan menjadi gelisah, marah-marah dan menyesal dengan segala tindak-tanduk.

Suami saya menyedari dan bertanyakan hal ini. Rupanya dia sedar yang saya dingin terhadapnya dan suka mengelamun. Inilah yang menjadi masalah saya. Apakah benar wanita yang sering mengalami orgasma akan cepat menjadi tua dan putus haid? Bagaimana pula suami saya boleh tahu yang saya sedang menahan orgasma?

Jawapan:

Puan seharusnya tidak mendengar khabar-khabar angin yang tidak berasas. Orgasma tidak akan menyebabkan seseorang lekas tua dan cepat putus haid. Menikmati hubungan seks dengan suami seharusnya memang sampai ke kemuncak orgasma. Ini sebenarnya penting untuk kesihatan badan dan mental. Dengan cara ini ianya memungkinkan puan nampak lebih muda. Dengan menahan orgasma, puan akan nampak gelisah, muram, menyesal dan ini akan menampakkan puan lebih tua.

Sebenarnya dengan menahan orgasma, pergerakan menjadi terbatas hinggakan bunyi desah tidak terkeluar. Otot-otot yang kencang juga tidak terasa lagi. Ini menjadikan suami tidak merasai kepuasan dalam hubungan seksnya. Biar pun kalau ada, dia akan merasakan kekurangannya kerana sebelumnya dia mendapat lebih daripada yang dinikmati sekarang. Memanglah wajar kecurigaan suami puan bertanya tentang puan kerana dia sememangnya bertugas jauh daripada puan.

Orgasma Bila Terbayang Suami Dengan Wanita Lain

Soalan:

Saya Effa seorang isteri berusia 34 tahun dan telah mendirikan rumahtangga ketika berusia 19 tahun lagi. Perkahwinan saya berdasarkan kehendak ibu bapa di mana saya gagal menyintai suami saya. Perkahwinan kami hanya bertahan selama tiga tahun. 

Setelah empat tahun menjanda, saya berkahwin lagi. Perkahwinan ini saya rasakan amat murni dan telah berlangsung selama sembilan tahun. Kami juga telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Tetapi yang menjadi masalah ialah, semenjak saya berkahwin lagi, saya tidak pernah merasai orgasma. Pada saya puncak hubungan seks itu ialah ketika pemanasan dan untuk menjaga perasaan suami, saya berpura-pura menikmati kepuasan bersetubuh. 

Apa yang saya rasakan kurang normal ialah saya hanya boleh terangsang bila membayangkan, suami saya dengan perempuan Iain. Dengan berperasaan begitu barulah nafsu saya terangsang dan berakhir dengan kepuasan. Untuk pengetahuan, saya tidak mempunyai pengalaman seks sebelum nikah cuma ketika malam pertama saya merasa amat terseksa dalam hubungan seks. Tetapi sekarang perasaan itu tidak ada lagi. Suami saya pula boleh dikatakan pandai mencumbui saya dengan berbagai teknik cumbuan sebelum bersetubuh. 

Apakah sebenamya masalah yang saya hadapi ini?

Jawapan: 

Rupanya puan telah lama menderita dalam dua perkahwinan, Pada perkahwinan pertama, puan tidak menyintai suami pilihan kedua-dua orang tua. Ini bererti puan terpaksa masuk ke dunia yang puan tidak sukai. Sebagai seorang isteri, puan hanya menunaikan kewajipan sahaja tanpa kasih sayang dan ini menyebabkan puan tidak merasai apa yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan. Seorang wanita tanpa perasaan ghairah tidak akan mencapai orgasma. Ini yang menyebabkan puan terseksa dan merasa jenuh. 

Dalam perkahwinan kedua pula, puan bersikap terlalu ideal. Apakah benar-benar puan menyintai suami kerana ianya merupakan suami yang kedua pernah puan kahwini. Sepatutnya, ghairah untuk bersetubuh seharusnya bermula ketika bersama suami yang pertama. Cuma puan beruntung sedikit kerana ada hasrat seksual walaupun terpaksa puan membayangkan suami dengan wanita lain dalam hubungan seks.

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang harus dibimbangkan dengan membayangkan suami dengan wanita lain kerana ini bukanlah kenyataan. Apa yang penting, melaluinya puan akan lebih terangsang. Memang benar kalau ditinjau daripada sudut agama ianya memang tidak baik tetapi daripada sudut terapi ia dibolehkan kerana ia dapat merangsangkan nafsu seks puan. Adalah dinasihatkan agar puan membuangkan ingatan itu dan mengekalkan orgasma sedikit demi sedikit. 

Kesimpulannya, yang menyebabkan puan tidak normal ialah pengalaman puan dalam hubungan seks yang pertama. Inilah punca sebenar kerana pengalaman dengan suami pertama sering menggugat fikiran dan ianya menggugatkan keinginan perhubungan puan suami isteri. 

Cara yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah puan ialah melalui terapi iaitu sama-sama mencari jalan supaya masalah ini dapat diatasi. Satu cara yang mudah ialah menerusi konsentrasi yang baik ketika melakukan posisi yang boleh meningkatkan nafsu. Suami juga harus bersikap positif apahila berhadapan dengan puan hingga layanannya terhadap puan kerana ini menghilangkan kenangan atau ingatan puan bersama suami yang pertama. Dengan cara ini diharap orgasma puan dapat diwujudkan kembali.

Tiada Belaian Dari Suami

Soalan:

Saya Khalijah seorang suri rumahtangga berusia 36 tahun dan telah berkahwin selama lapan tahun. Suami saya sekarang berusia 37 tahun. Semenjak berkahwin saya belum pernah merasa apa yang dikatakan orgasma. Setiap kali mengadakan hubungan seks, saya merasa sakit dan ini menghilangkan langsung ghairah bersetubuh yang ada. Itulah yang saya alami semenjak bernikah.

Saya belum pernah menemui doktor untuk menerangkan masalah saya kerana saya merasa malu. Tetapi saya pernah bercerita dengan kawan-kawan terdekat. Mereka mengatakan ini berpunca daripada suami saya yang tidak pernah mendahului dengan cumbuan atau pemanasan sebaliknya terus kesasarannya. Malahan kadangkala suami saya menyetubui saya ketika saya sedang nyenyak tidur dan selepas itu dia terus tidur tanpa menghirau saya. Saya terpaksa menahan perasaan marah kerana perbuatannya hingga menyakiti alat kelamin saya tetapi bila memikirkan dia suami saya, saya terpaksa pendamkan. Kawan-kawan saya mengusulkan supaya saya memberikan buku-buku romantis agar dia membacanya. Tetapi dia hanya membaca seketika, sebelum tidur dan kemudian lelap. Esoknya, buku itu tidak kelihatan lagi.

Kawan saya menyarankan supaya saya berbincang dengan suami agar bertindak lebih sopan kepada saya ketika bermesra. Tetapi dia hanya tersenyum dan kemudian cuba berlembut dan membelai tetapi hanya seketika. Akhirnya, dia kembali ketabiat asalnya. Sebenarnya, suami saya seorang yang baik tetapi mempunyai kekurangan dalam hal di atas. Saya mohonlah pada tuan supaya memberi sedikit petunjuk agar saya dapat menikmati orgasma.


Jawapan:

Apa yang puan alami merupakan kejadian yang kerap dialami dalam kehidupan berseksual. Ramai wanita yang seumur hidupnya tidak pernah merasai orgasma dalam hubungan seksnya. Sebahagian besarnya kerana suami kurang arif tentang hubungan seks yang melibatkan dua tubuh manusia itu.

Dalam sebuah buku yang berjudul The Hite Report, tulisan Shere Hite seorang seksologi Amerika, mengatakan, ramai wanita tidak mencapai orgasma disebabkan foreplay (pemanasan) yang terlalu cepat. Sedangkan orgasma merupakan suatu yang penting dalam kehidupan yang boleh membawa ketenangan, kesihatan dan perasaan cinta antara suami isteri. Kalau ditinjau daripada sudut fisiologi seks. orgasma adalah puncak daripada suatu aktiviti seks di mana ianya melibatkan ke semua bahagian tubuh manusia seperti otot, fikiran dan aliran darah. Ketika berlakunya orgasma itulah timbul puncak kenikmatan dan setelah itu ianya akan mengendur dengan perlahan. Untuk mengungkapkan bagaimanakah kenikmatan orgasma memang sukar.

Setiap orang mempunyai kelainan perasaan. Apa yang puan lakukan untuk mendapatkan orgasma itu merupakan tindakan yang baik. Suami harus mendapat sedikit tunjuk ajar supaya hubungan kelamin dapat berjalan dengan lancar dengan dinikmati oleh kedua-dua pihak. Ketika suami berkeinginan melakukan hubungan seks, awasi tindakannya supaya jangan terus ke matlamatnya. Puan harus berusaha supaya suami puan mengelus-elus bahagian-bahagian yang dirasakan dapat membangkitkan nafsu puan. Kalau puan sendiri sudah bersedia dengan ghairah yang memuncak, silakanlah suami puan melakukan hubungan tersebut. Atau dengan cara lain, puan meminta suami mencumbu rayu dengan kemahuan puan. Jika saat orgasma sudah hampir, lakukanlah hubungan seks bersama suami.

Dengan beberapa latihan seperti ini, suami dengan sendirinya akan sedar bahawa puan juga memerlukan belaian agar ghairah seksual puan memuncak untuk menikmati persetubuhan. Kerjasama antara suami isteri amat perlu kerana hubungan seks menjamin keharmonian dan matlamat berumahtangga.

Hilang Rangsangan Seksual Terhadap Suami

Soalan:

Saya Zuraidah seorang ibu berusia 39 tahun. Suami saya pula berusia 44 tahun. Kami telah mendirikan rumahtangga selama sembilan belas tahun dan mempunyai tiga orang anak. Sepanjang perkahwinan kami memang bahagia. Dalam tempoh dua tahun ini, saya juga terasa telah bebas dari ketakutan akan mengandung lagi. Ini kerana saya telah mengamalkan perancangan keluarga dengan cara menggunakan alat dalam rahim. Hanya yang menjadi masalah saya ialah, saya tidak pernah berhasrat lebih dulu untuk menikmati seks melainkan memenuhi kewajipan seorang isteri kepada suami. Hubungan kami memang normal. Kami melakukan hubungan seks tiga atau empat kali seminggu. Namun, dalam hubungan badani dengan suami, saya jarang mencapai orgasma. Paling tidak, dalam sebulan hanya dua atau tiga kali sahaja berhasil.

Masalah kedinginan seks ini telah saya beritahu kepada suami dan meminta supaya dia dapat membangkitkan nafsu saya. Dia juga telah cuba melakukannya tetapi malangnya kesan masih seperti dahulu. Untuk mengatasi masalah ini, saya cuba makan jamu tetapi suami saya melarang. Saya tidak mahu ianya mengganggu ketenteraman fikiran suami saya pula. Apakah saya wanita yang kurang normal?


Jawapan:

Jika diteliti peratus hubungan seks puan, ternyata jumlah orgasma yang dicapai hanya 16.5 peratus daripada keseluruhan jumlah seks yang dilakukan dalam sebulan. Jumlah ini ternyata amat rendah. Rata-rata orang akan mengeluh bila hubungan seks kurang daripada 60 peratus. Masalah yang puan hadapi berpunca dari dua kemungkinan iaitu keghairahan bersetubuh yang kurang dan hasrat untuk bersetubuh yang rendah. Semua ini terdorong oleh berbagai latar belakang yang mungkin berkait rapat dengan hal kejiwaan.

Setakat ini puan belum lagi membawa suami ke kancah kerunsingan kerana nafsu suami puan masih stabil. Puan tidak perlu mendorong atau melakukan sesuatu yang lebih aktif untuk membangkitkan nafsunya. Tetapi suatu masa nanti apabila nafsu suami puan tergugat, ia akan menurunkan rangsangan bersetubuh dengan puan. Masalah puan yang lebih tertumpu kerana gangguan hasrat berseksual akan mengganggu pula kecergasan orgasma suami.

Sebenarnya, banyak punca yang menyebabkan terjadinya gangguan seksual ini. Antaranya ialah tidak ada pendidikan seks semasa kecil. Ini disebabkan setiap ketua keluarga seboleh-bolehnya mahu melarikan pendidikan yang berbau seks, larangan berkawan dengan kawan-kawan yang berlainan jantina serta larangan membaca bacaan yang berbau romantis. Akibat daripada kongkongan yang negatif ini ianya mungkin terbawa sehingga ke alam perkahwinan.

Mulai sekarang puan cubalah menukarkan pandangan terhadap kemampuan seks dan bertindak memberi reaksi supaya keghairahan semakin memuncak. Bagaimanapun, masalah ini masih boleh diatasi dengan terapi yang dipanggil Cognitive Behaviour Therapy, iaitu latihan yang dapat menimbulkan reaksi dalam perasaan atau emosi. Bincangkan hal ini dengan doktor pakar puan disamping puan sendiri berusaha melaksanakannya. Setelah puan yakin yang puan bebas daripada sebarang masalah dan kekuatan nafsu puan telah pulih kembali, lakukanlah hubungan seksual dengan suami puan dengan fikiran yang terbuka.

Masalah memakan jamu seperti yang puan musykilkan, ianya tidak ada apa-apa kesan sampingan sebaliknya mungkin jamu itu juga boleh membantu.

Pengaruh Melancap?

Saya Rohaiza seorang jururawat pelatih di sebuah klinik swasta. Umur saya 22 tahun. Saya sudah pun bersuami (25 tahun umurnya) dan berkahwin atas dasar suka sama suka. Semenjak berkahwin, masalah yang saya alami ialah tidak pernah terangsang atau menikmati orgasma biar pun suami saya mencumbui saya untuk menaikkan nafsu. Tetapi saya tidak merasai apa-apa.

Untuk pengetahuan tuan, saya pernah melancapan ketika berumur 10 tahun dengan merangsang bahagian-bahagian yang membangkitkan nafsu. Tetapi perbuatan itu telah saya tinggalkan setelah saya bertunang ketika umur saya 18 tahun.

Apakah masalah yang sedang saya alami sekarang ada kaitan dengan perbuatan yang lalu. Kalau ya, apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?


Jawapan:

Sekiranya dilihat daripada masalah puan, puan merupakan seorang wanita yang memang kuat rangsangan seksnya. Ini dapat dilihat daripada perbuatan melancap ketika usia yang masih muda. Masalah yang puan hadapi ini tidak ada kaitan langsung dengan perbuatan puan yang telah lalu. Sebenarnya, ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan puan tidak mencapai orgasma. Di antaranya mungkin suami puan terlalu cepat mencapai orgasma setiap kali berhubungan seks sedangkan puan belum terangsang untuk sama-sama mendapatkan kenikmatan. Kalau begitu, puan harus berusaha memperlambatkan kecepatan ejakulasi suami puan dengan bantuannya.

Selama itu, mungkin otot dalam rahim puan terlalu lemah hingga menyebabkan faraj puan terlalu longgar. Ini juga salah satu sebab menjadikan puan tidak merasai apa-apa nikmat ketika berhubungan seks. Dalam perhubungan ini puan harus bersenam agar otot-otot menjadi kuat hingga dapat merangsang daya seksual ketika berhubungan seks iaitu dengan mengembang kuncupkan lubang kencing dan dubur puan supaya ianya lebih berfungsi.

Lain-lain kemungkinan ialah gangguan daripada suami puan sendiri. Antaranya, puan merasa hilang nafsu kerana bau badannya yang kurang enak hingga tergencat orgasma yang sedang memuncak. Atau, puan menghadapi masalah peribadi yang lalu seperti pengalaman atau cerita tentang hubungan seks liar, atau gangguan mental yang dengan sendirinya mengubah tumpuan menikmati seks kepada yang lain. Masalah semua ini dapat diatasi dengan penyelesaian yang baik antara suami isteri. Berbincanglah dan berterus-terang mengenai ketidakpuasan nikmat seks ini. Tetapi kemungkinan lain juga boleh berlaku iaitu mengenai kesihatan diri puan sendiri. Mungkin keadaan alat kelamin puan juga merupakan penyebab terjadinya kedinginan seks ini. Cubalah puan pastikan kemungkinan-kemungkinan yang telah saya sebutkan di atas. Sekiranya berpunca daripada kesihatan, eloklah puan berjumpa doktor pakar sebelum ianya mendatangkan mudarat yang lain.

Tidak Mampu Orgasma

BERBAGAI MASALAH TENTANG ORGASMA

Soalan:

Nama saya Salmi seorang isteri berusia 23 tahun. Suami saya berusia 30 tahun dan bekerja sebagai peniaga. Kami telah empat tahun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Sejak berkahwin sampai sekarang, saya tidak pernah merasakan kenikmatan dalam hubungan seks. Suami saya seorang yang baik dan penyabar. Sebelum kami melakukan hubungan seks, suami saya biasanya memberi rangsangan yang cukup hingga nafsu saya terangsang. Tetapi bila kami mulai berhubungan seks, saya tidak lagi merasakan kenikmatan itu.

Saya juga pernah menyuruh suami saya menggunakan ubat menguatkan tenaga batin tetapi hasilnya dia hanya mampu bertahan hanya lebih kurang setengah jam sahaja. Sebaliknya, saya merasa kecewa kerana tindakannya kurang berkesan. Bolehkah tuan terangkan masalah yang sedang saya alami ini? Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasinya?


Jawapan:

Apa yang sedang puan alami dan rasai bukanlah satu penyakit. Kebanyakan wanita mengalami masalah seumpama ini. Menurut perangkaan di negara-negara barat, sekitar sepuluh peratus wanita yang sudah berkahwin mengalami masalah ini. Oleh itu, janganlah puan terlalu khuatir atau risau kerana ianya boleh diatasi secara beransur-ansur.

Sebenarnya apa yang puan alami ini dikenali sebagai gangguan-gangguan ketika orgasma berlaku. Saat-saat orgasma, biasanya rangsangan seks bukan sahaja meningkat malahan kadangkalanya menurun.

Hal ini akan mengganggu perjalanan orgasma. Inilah yang puan rasai yang menjadikan hubungan seks menjadi dingin dan tidak memberi nikmat apa-apa. Memandangkan perkahwinan akan dilalui terus, ini akan menghantui puan kerana setiap kali berhubungan seks, bukan nikmat yang puan dapati malah sebaliknya.

Gangguan tersebut disebabkan beberapa faktor tertentu yang bersangkutan dengan jasmani, kejiwaan, batiniah ataupun faktor hubungan suami isteri itu sendiri. Daripada penerangan yang puan berikan dapatlah dikatakan bahawa hubungan suami isteri cukup baik. Suami terus bersabar memberi rangsangan untuk puan dan dirinya agar mendapat nikmat bersama. Malangnya, usaha suami puan itu belum berhasil. Bersabarlah. Gangguan-gangguan mungkin daripada luaran kerana puan tidak pun menceritakan. Gangguan dalaman seperti ketenteraman jiwa atau fikiran barangkali punca utamanya. Ini dikenali sebagai paranoid, iaitu sentiasa mencurigai, merasa sedih, simpati atau rendah diri. 

Mungkin ianya bersangkutan dengan pengalaman daripada pergaulan, pembacaaan, atau wayang gambar tentang perkosaan, rogol yang sekaligus memberi gambaran bahawa berhubungan seks itu sakit, rakus atau menganiaya. Cubalah puan teliti masalah yang saya sebutkan di atas, apakah ianya pernah terdorong dalam fikiran puan ketika menghadapi hubungan seks.

Untuk memberi jawapan yang tepat, perhatian yang khusus diperlukan. Tetapi puan sendiri bolehlah mencuba sendiri dengan melatihkan diri supaya melapangkan fikiran ketika orgasma. Cubalah bawa kenikmatan usapan suami puan ke bahagian-bahagian yang menaikkan syahwat puan. Ataupun puan sendiri beritahu suami puan tempat-tempat yang mudah terangsang bila disentuh. Sekiranya puan dapat melupakan sesuatu yang buruk dengan menggantikan belaian itu asas kenikmatan, saya percaya puan akan dapat menikmati hubungan seks ini dengan baik. Selamat mencuba.

Seksual

 Seksual merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan berumahtangga. Rumahtangga akan porak-peranda sekiranya kehidupan seksual terganggu. Perkara yang demikian, suami isteri haruslah mengetahui kemampuan seksual pasangannya hinggalah kepada masalah-masalah yang timbul yang disebabkan berbagai-bagai masalah atau penyakit supaya ianya segera diatasi.

 

Sebahagian besar pasangan kelamin masih tidak mahu membuka masalah-masalah seksual yang peribadi. Mereka beranggapan seks merupakan sesuatu yang lucah atau kotor dan memalukan pasangannya. Akibatnya, pasangan kelamin menghadapi masalah batin atau penyakit-penyakit kelamin yang tidak pernah dapat diatasi. Keadaan ini menyebabkan pasangan kelamin akan menderita bertahun-tahun.

 

Pada kenyataannya, masalah itu hanyalah masalah remeh-temeh yang tidak diatasi secara baik dan mengakibatkan kehidupan yang porak-peranda. Namun begitu, terdapat juga masalah yang berat di mana memerlukan penerangan dan nasihat doktor pakar. Oleh itu, setiap pasangan kelamin yang berhasrat mendirikan rumahtangga haruslah bersedia menghadapi berbagai masalah yang mungkin timbul. Seringkali kita terdengar tentang ketidakpuasan hubungan seksual yang disebabkan suami tidak tahu apa itu orgasma atau isteri tidak mendatangkan ghairah sehingga setiap kali perhubungan seksual berlaku ianya bukan menjadi suatu nikmat, bahkan suatu penyeksaan yang membosankan.

 

Atas sebab demikianlah maka blog ini diterbitkan. Ianya diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pembaca dari berbagai kaum dengan pelbagai kemungkinan yang timbul. Ianya sesuai untuk pasangan yang baru berumahtangga mahupun mereka yang sudah beranak cucu.

Banyak persoalan yang dikemukakan dengan berbagai keadaannya telah diselesaikan dengan penuh tanggungjawab. Semuanya mencakupi masalah kehidupan seks masyarakat berbilang kaum. Dengan mengambil ikhtibar daripada jawapan yang diberikan, insya-Allah ia akan menjadi pemecah bagi segala masalah seksual rumahtangga. Masalah yang dikira remeh-temeh boleh diselesaikan secara baik antara suami isteri, manakala masalah yang berat haruslah mendapatkan perkhidmatan doktor pakar.

 

Seterusnya blog ini ditujukan kepada pasangan kelamin yang selama ini menutup masalah seksual mereka. Dengan mengetahui berbagai masalah dari kehendak setiap pasangan, kehidupan seks akan lebih meriah dan menyeronokkan. Perkara yang demikian 'dunia gelap' yang selama ini menyelubungi rumah- tangga yang bermasalah akan menjadi terang benderang. Dalam membongkar masalah seksual, tentu terdapat bahagian- bahagian yang dianggap lucah oleh sebahagian orang. Saya mengharapkan agar ianya dilihat sebagai ilmu dan bukannya lucah, kerana tujuan saya bukanlah hendak mengemukakan hal-hal demikian tetapi demi menjawab berbagai persoalan, ianya menjadi perlu.

 

Semoga dengan penerbitan ini, ia dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah seksual dan seterusnya meningkatkan kebahagiaan rumahtangga.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.