Adsterra

Memaparkan catatan dengan label Rahsia Lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsia Lelaki. Papar semua catatan

Mengenal tempat-tempat yang menerbitkan ghairah syahwat pada tubuh badan isteri.

Hai Di Wadi, Wazi, Mani, Manikam:

Apabila suami tahu rahsia tempat berahi isterinya pada tubuh badannya, maka mudahlah suami timbul ghairah syahwatnya. Perkara yang demikian akan menolong lebih cepat bertenaga dan naik zakarnya. Ini adalah mengikut petua orang-orang tua zaman dahulu. Apa yang dinyatakan oleh orang-orang tua itu ialah:

Bahawa sinar bulan, bukan sahaja mengakibatkan pasang surutnya permukaan laut. Malah dapat mempengaruhi aliran manikam (mani perempuan) yang ada pada tubuhnya.

Aliran pasang surutnya manikam itu ada pada tempat tertentu pada setiap tarikh yang tertentu mengikut takwim Hijriah. Pada tempat-tempat yang disebutkan itu nanti, sapu-sapulah dengan tangan, dengan penuh kasih sayang supaya bersama-sama naik ghairah syahwatnya.

Tarikh dan tempat:

  1. tapak kaki kanan
  2. betis kanan 
  3. lutut kanan
  4. paha kanan 
  5. dahi faraj
  6. bawah pusat 
  7. dadanya
  8. buah dada kanan
  9. mulutnya
  10. lehernya
  11. mata/pelipis 
  12. alis mata
  13. dahinya
  14. ubun-ubunnya
  15. tubuh badannya

Seterusnya dari tarikh 16 hingga cukup bulan, kembali semula seperti di atas iaitu bermula dari tarikh 1hb. untuk tarikh 16hb, demikian seterusnya hingga tarikh 30hb. Untuk ingatan, bahawa yang tersebut itu bukan ada di dalam syarak/agama. Ianya merupakan hasil dari penelitian/muakal orang-orang tua dahulu. Maka dinasihatkan ambillah untuk pengetahuan sahaja, dan bukannya untuk diyakini.

Kuasa Yang Menyembuhkan

KUASA YANG MENYEMBUHKAN

KUASA menyembuhkan penyakit itu ada pada Allah s.w.t. Namun demikian ikhtiar untuk mencari jalan bagi menyembuhkan penyakit itu adalah wajib.

Pada hakikatnya penyakit yang dialami oleh seseorang itu mempunyai hikmah tertentu yang tidak diketahui, tetapi yang jelas seseorang yang mengalami penyakit ini biasanya akan merasa lebih dekat dengan Allah s.w.t. asalkan orang itu mahu bersabar apabila belum mendapatkan jodoh ubatnya. Dengan lain perkataan, belum lagi disembuhkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku."

(Asy-Syuara: 80).

Dalam konteks rahsia lelaki, masalah, sebab-sebab dan cara-cara mengatasinya, mengandungi 10 sebab-sebab seseorang itu mengalami lemah syawat, di antaranya berpunca dari pemakanan, pergaulan sumbang, tekanan jiwa/fikiran,
kecuaian, melanggar pantangan, terkena sumpahan, gangguan makhluk halus jin dan sihir.

Cara mengatasinya yang akan diterangkan dalam blog ini meliputi berbagai aspek ilmu dan cara tradisional warisan orang tua-tua, pembuatan makjun dari Arab, Turki, Madura, Jawa dan lain-lainnya.

Di samping itu ada juga cara penyembuhan dengan cara refleksi picit China, riyadah kesihatan dan lain-lain sebagainya dalam aspek agama.

Pada Allah s.w.t. juga kita bertawakal. Selamat Membaca.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.