Takde Masalah Jangan Cari Masalah. Ingat, kalau sakit kenalah berubat dan sentiasa panjatkan doa pada Allah supaya cepat sembuh.
Adsterra
MENAMBAH TENAGA SEKSUAL
5 tangkai petai Cina
30 biji lada hitam 2 biji telur ayam kampong (kuningnya sahaja)
Cara-caranya:
Ambil biji petai dan jemur sehingga kering. Tumbuk halus-halus.
Setelah itu lada hitam juga ditumbuk sehingga halus.
Campurkan kedua-dua bahan itu ke dalam cawan dan masukkan kuning telur serta madu asli.
Kacau kesemuanya dan minum sehingga habis berserta dengan hampasnya ulang setiap hari.
2.Bahan-bahan:
1 biji limau nipis
1 biji telur ayam kampong (kuningnya sahaja)
Sedikit gula merah
Perah air limau nipis dan ambil airnya.
Campurkan kuning telur dan kacau hingga rata. Masukkan gula merah dan kacau. Minumlah seminggu sekali.
3.Bahan-bahan:
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Kuning telur
Segelas air
Cara-caranya:
Hancurkan bawang merang dan bawang putih sehingga halus. Masukkan kuning telur dan air.
Redus sehingga mendidih dan hendaklah diambil sebelum makan malam.
Kawalan Makanan
CARA KAEDAH KAWALAN MAKANAN:
Makanlah makanan yang masih hangat dan segar. Jangan sesekali makan makanan yang basi atau hampir basi (sudah terasa masam).
Elakkan memakan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk serta hampir rosak. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang terkena semburan racun serangga dibasuh dengan bersih terlebih dahulu sebelum dimasak atau dimakan.
Jadual menu makanan seharian yang seimbang dan teratur mengikut kaedah kesihatan iaitu dalam seminggu mestilah memakan makanan yang mengandungi telur, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum susu lembu/susu tepung berkhasiat adalah digalakkan. Jika tidak mengalami tekanan darah tinggi (high blood pressure) eloklah minum susu kambing.
Jangan minum arak, minuman ais, air yang bergas, air kelapa dan jangan terlalu kerap minum teh, sebab teh itu sejuk. Jenis minuman bagi seseorang yang mengidap lemah syahwat adalah minuman hangat, atau suam setidak-tidaknya, dan dibubuhi halia.
Minumlah satu atau dua gelas air hangat masak setiap bangun pagi.
Perlu diingat buah yang paling pantang bagi orang yang mengalami lemah syahwat ialah pisang hijau dan jambu batu.
Minumlah terlebih dahulu (air suam) seteguk atau dua teguk, sebelum mula makan nasi. Selepas habis makan janganlah terus minum. Nantikan dalam masa lebih kurang satu atau dua jam, barulah minum. Inilah salah satu cara amalan orang-orang tua dahulu yang arif bagi menjaga batin mereka.
Kawalan makanan dan minuman sahaja tidak mencukupi. Sebaiknya lakukan olahraga harian dan beriadah bersama keluarga setiap petang.
Kawalan tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Mula tidur 9.30 malam sehingga 5.30 pagi. Kalau berkesempatan bangunlah menunaikan Solat Sunat Tahjud, Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat (kerana banyak kebaikkan dan kelebihannya). Malah dapat mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Esa. Berdoalah memohon kesihatan yang baik bagi mengidap lemah syahwat.
Elakkan tabiat-tabiat emosi, berkhayal, tertekan fikiran dan kurang berkeyakinan. (Tanam dalam diri kita bahawa kita seorang yang positif).
Pokok Mengkudu
Khasiat Pokok Mengkudu
Komposisi Zat Makanan Bagi 100g Bahagian Yang Boleh Dimakan.
|
Dato' Yusuf Haslam
Ada berita hot untuk para lelaki sekalian, kau orang ada tengok tak rancangan NONA pada hari Ahad 23.1.2011? Tentu adakan…. Hah ini aku mahu beritahu, rahsia ketampanan wajah dan kesihatan tubuh badan Dato' Yusuf Haslam. Tahu tak apa amalan minuman beliau setiap hari? Ya betul tekaan kau orang semua, memang beliau ada mengambil:
Apple hijau – 2 biji
Peria katak – 1 biji
Madu asli – 2 sudu makan
Cara penyediaan minuman ini mudah sahaja, di rumah kau orang ada Juice Extractor tak? Kalau ada, blender semua buah-buahan tersebut sampai keluar jus. Sebelum itu pastikan buah-buahan tadi di cuci bersih terlebih dahulu. Minum sekali sehari, inilah amalan Dato' Yusuf Haslam setiap hari. Tengok wajah beliau sentiasa awet muda dan kacak kan. Tubuh badan beliau perkasa, sihat walafiat kerana sentiasa bersenam bersama anak kesayangan dan tukang kebunnya. Filem arahan beliau semuanya Box Office, sebab minuman ini dapat memberi bermacam ragan idea kepada beliau sewaktu menghasilkan filem-filem yang berkualiti. Tip ini sungguh berguna untuk lelaki, khasiat minuman ini dapat membantu menguatkan akal fikiran dan kekuatan tenaga batin. Kepada blogger, cuba amalkan amalan ini setiap hari mudah-mudahan kita semua di beri kesihatan yang baik macam Dato' Yusuf Haslam.
MENGATASI MASALAH LENGUH-LENGUH SERTA SAKIT PINGGANG
Adakalanya bila telah bekerja keras sepanjang hari pinggang anda akan terasa sakit dan lengguh. Untuk mengatasi masalah tersebut cubalah petua berikut:
Halia – Sebasar ibu jari
Ubi cekur – Sebesar ibu jari
Bawang merah – 3 ulas
Limau nipis – 3 biji
Kemudian cuci bahan tersebut sehingga bersih dan suci, parut dan gaulkan sehingga sebati. Masukkan bahan yang telah diparutkan tadi ke dalam gelas kemudian masukkan air panas secukupnya. Setelah itu perahkan limau nipis kedalamnya sambil di kacau rata-rata dan diminum. Mulakan dengan Bismillah. Berdoa supaya Allah memberikan kesembuhan. Insya'Allah mujarab.
Pantang Makanan/Minuman Dan Buah-buahan
| Makanan/Minuman | Buah-buahan |
| Ubi jalar Air kelapa Putih telur Teh ‘O’ Terung Terung ketular Minuman ais Minuman keras | Duku Jambu air Jambu biji Pisang hijau Manggis Langsat Tembikai Pisang berangan |
Jenis-jenis makanan yang mengandungi cuka juga kurang baik bagi penderita lemah shahwat. Begitu pula jenis-jenis ubat yang mengandungi aspirin, pelali menthol, dan vitamin K. Cuba elak jenis makanan yang peratusannya banyak mengandungi lemak dan air. Kawalan dari segi makanan dan minuman sahaja tanpa memperdulikan faktor-faktor lain yang berkait rapat dengan penyebab lemah syahwat adalah bertentangan. Ini disebabkan adakalanya penyebab lemah syahwat itu bukan dari satu punca. Kajian yang teliti dari berbagai sebab punca lemah syahwat. Merokok juga membahayakan kesihatan, terlalu kuat merokok akan menyebabkan air mani menjadi kekuning-kunigan dan cair tidak likat seperti orang yang tidak merokok. Cuba berhenti merokok bagi perokok tegar, atau kurangkan pengambilannya.
