Adsterra

Memaparkan catatan dengan label TUMBUHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TUMBUHAN. Papar semua catatan

Minyak Zakar Buaya

Alhamdulillah, penat jerih panjat bukit akhirnya terbayar sudah harga yang setimpal. Dapat akar kayu segenggam dua untuk dicampurkan dalam minyak zakar buaya. Masih terasa bisa pada tapak tangan masa memangkas pokok-pokok herba, kami buat dengan penuh tertib dan kasih sayang bukan main sedap menetak sahaja. Hormat pada alam hutan yang banyak khazanah rahsianya.
Ambik apa yang patut dan tidak tamak, selepas itu kemaskan kawasan serapi mungkin biar semangat hutan itu kekal dengan keindahannya.
Ada kawan yang terlepas pandang tentang perkara kebersihan terpaksa di tegur supaya membuang tabiat pengotor mereka itu. Lain kali jangan harap dapat ikut lagi kami masuk hutan cari akar kayu. Ada barang baik pun, kami tidak akan berkongsi lagi harap maklum.


Ini pesan pada diri sendiri, bawalah kebaikan dimana sahaja kita berada. Baik kita pun ada makna, kita berkawan pun berpada-pada. Sekarang kita memang beringat, jangan cari musuh kita pun bukan suka sangat bermusuh tapi kalau sudah geruh apa boleh buat kita langkah kaki kanan dan kita ikut hembusan hidung mana yang lancar dahulu. Kaki itulah akan langkah dahulu.
Kita selalu mengalah, dan kita memang akan mula dulu untuk hormat orang. Kita rasa mengalah itu tidak kalah.
Minyak zakar buaya untuk rawatan urut tradisional sahaja bukan untuk dijual. Terima kasih.

Pokok Hayat

Antara kebaikan Buah Pokok Hayat ialah:


Kelebihan Buah Pokok Hayat :-
Mujarab untuk saluran jantung tersumbat serta melancarkan peredaran darah / Kanser
Strok (Angin Ahmar)
Mujarab untuk Sakit Kepala (Migrain).


 Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan (Lemah badan).
Membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Membantu sistem penghadaman badan.


Membersihkan paru-paru.
Membersihkan buah pinggang.
Masalah sukar tidur.
Membantu melancarkan pernafasan.
Buasir.
Memecahkan kolestrol dalam badan dan lain-lain.
Jika penyakit berlarutan, dapatkan nasihat doktor.

Air Herba

Badan rasa letih serta lesu sebab proses pemulihan untuk baik daripada demam panas. Mendapat petua dari Toki cara buat air herba.
1. Akar kayu asli tingkat ali 3 serpih
2. Halia tua tumbuk sebesar 5 kali ganda ibu jari
3. Bunga ratu pari 1 kuntum
4. Madu asli 5 sudu besar
5. 9 kuntum bunga cengkih
Masak air sehingga mendidih dan campur semua bahan-bahan di atas. Tunggu sejuk baru minum. Selamat mencuba.

Tut Pokok

Assalamualaikum,
Sudah 2, 3 minggu aku berhajat mahu tut pokok herba yang paling aku sayang ini, tetapi tidak ada masa dan masih dalam pembelajaran. Pagi ini dengan izin Allah aku beranikan diri untuk membuat tut pada pokok herda itu. Satu-satunya pokok yang ada dalam koleksi aku yang paling berharga untuk rawatan pemulihan zakar. Ramai dikalangan pesakit yang datang kerumah berminat untuk memilikinya, tetapi aku tidak ada anak pokoknya. Kalau semai guna kaedah cantasan dahan belum tentu ia akan hidup subur kerana faktor cuaca sekarang terlalu terik.

Sebelum membuat kelaran atau torehan pada dahan pokok, aku pastikan dahan yang aku pilih tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua "yang sedang, sedang saja" kata penyanyi Iwan Dangdut.

Pastikan tangan tidak menggigil semasa operasi kelaran atau mengikis dahan pokok, sebab tidak mahu ada kecederaan pada dahan utama. Kawal pernafasan ikut kaedah pernafasan dada.

Ambil sekepal tanah dan campurkan sedikit air, sebatikan biar ia menjadi segumpal yang padu. Sediakan plastik lut sinar dan 2 utas tali rapia.

Serbuk hormon pengakaran juga sangat penting dalam pembiakan pokok melalui kaedah tut ini.

Sapu serbuk hormon pengakaran pada bahagian atas kelaran.

Letak tanah yang digumpal tadi pada kelaran dahan pokok.

Balutkan dengan plastik lut sinar dan ikatkan dengan tali rapia.

Akhirnya dapat juga aku tut pokok herba ini pada dua bahagian dahan yang berasingan. Mudah-mudahan ia akan hidup subur, kena tunggu 1 bulan untuk penghasilan akar baru dan akan dipindahkan ke dalam pasu yang baru. Senang sahaja caranya, jom kita pakat-pakat bercucuk tanam di rumah. Aku gemar tanam rumput.

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.