Adsterra

IKLAN BESAR ALAT SULIT KARUT

IKLAN BESAR ALAT SULIT KARUT - Hujah Tidak Masuk Akal.

Soalan.
Adakah pil bagi membesar dan memanjangkan zakar seperti disiarkan dalam internet benar-benar berkesan dan boleh dibeli di Malaysia?
Isteri saya pernah bersungut zakar saya kecil dan kami sering bertengkar mengenainya.
bolehkah doktor mengesyorkan pusat rawatan untuk membesar dan memanjangkan zakar saya?

INSAN KECEWA,
Pulau Pinang

Jawapan.
IKLAN dalam internet yang memaparkan penjualan pil yang konon boleh membesarkan zakar adalah iklan karut semata-mata. Maklumat saintifik yang diberi memang benar dari segi pembinaan struktur dan otot zakar, tetapi maklumat bagaimana ubat herba berkenaan dapat membantu membesarkan zakar dalam beberapa minggu tidak masuk akal.
Alat pam vakum yang dijual di pasaran sebagai alat pemantapan zakar hanya dapat membina atau membesarkan zakar selepas mengunakannya lebih setahun berterusan.
Tumbesaran tidak kekal jika penggunaannya berhentikan. Malah, terdapat juga iklan dalam internet menyatakan senaman yang biasa diamalkan orang Badwi dari Sudan dan Arab yang kononnya membuatkan zakar besar dan panjang.
Iklan dalam internet tidak memberikan senaman apa yang dimaksudkan dan bagaimana ia dapat membesarkan zakar.
Jika sudah bayar baru diberi tahu. Jadi jangan percaya sangat dengan hujah penjual pak karut dalam internet.
Dari segi kemantapan hubungan kelamin, hanya saiz anggota kelamin saja diketengahkan.
Bagaimanapun dengan corong faraj yang boleh membesar (jika kepala bayi boleh keluar ketika kelahiran), sudah tentu ia boleh menyempit dan sudah pasti zakar kecil terasa kepadatannya.
Wanita dianugerah Tuhan corong faraj yang begitu maskular dengan otot pembantu mengekalkan kemantapan faraj seperti otot pelvis atau otot kemutan.
Jika wanita amalkan senaman kemutan sambil merapatkan kedua belah peha atau duduk bersimpuh sambil mengemut, faraj menjadi langsing dan corong pembukaan boleh menjadi sempit.
Herba yang mengawet tisu pelembap ialah seperti manjakani, akar bakarvali dan serapat membantu melangsingkan faraj.
Untuk memberi nikmat yang lebih dalam hubungan kelamin, lelaki kena pastikan ketika dia menyorong zakar ke dalam faraj, pergerakan zakar ditumpukan kepada langit faraj yang mengandungi banyak urat saraf.

Tarikh Terbitan Akhbar Harian Metro, Khamis, 15 januari 2004.

TEKS INI DARIPADA DOKTOR SAKIT TUAN
Dr Ismail Thamby
Pengarah Pusat Kepakaran Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, sila hantarkan masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada

Pengelola Ruangan Sakit Tuan,
Harian Metro, Balai Berita 31,
Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur
atau faksmili 03-22848390 atau
e-mel:sakittuan@hmetro.com.my

TOLONG BACA

KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.