URUTAN MEREDAKAN MASALAH SENGGUGUT
Rawatan dimulai dengan mengurut dari kaki sehingga ke bahagian tubuh. Sebaiknya urutan harus dilakukan seluruh badan dengan memberi tumpuan lebih pada bahagian kaki.
Setelah itu, urutan di bahagian perut dilakukan bagi membetulkan kedudukan rahim, melancarkan darah-darah beku yang tersekat.
Proses seterusnya adalah dengan meletakkan tuala suam di bahagian perut bertujuan untuk mencairkan darah beku dan melancarkan peredaran darah.
Kemudian, urutan di bahagian bahu dilakukan bagi melancarkan peredaran darah di samping melegakan otot-otot yang tegang.
Akhir sekali urutan kepala untuk menenangkan selain membuang angin.
Jika masalah senggugut tidak berkesan dengan kaedah mengurut, dinasihatkan pesakit terus berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Takde Masalah Jangan Cari Masalah. Ingat, kalau sakit kenalah berubat dan sentiasa panjatkan doa pada Allah supaya cepat sembuh.
Adsterra
TOLONG BACA
KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, DISINI INGIN SAYA BERPESAN SEIKHLAS HATI JIKALAU MAHU BERURUSAN DENGAN SAYA TOLONG JANGAN SMS ATAU WHATSAPP. SAYA MEMANG TIDAK AKAN LAYAN, TOLONG JANGAN BUANG DUIT KREDIT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEMATA-MATA MAHU TANYA ITU DAN INI MELALUI SMS ATAU WHATSAPP. JIKA MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN SAYA SILA BERITAHU SEKIRANYA TIDAK JADI DATANG BERURUSAN DENGAN SAYA. JANGAN BAZIRKAN MASA SAYA YANG BERHARGA UNTUK TETAMU SAYA YANG MEMERLUKAN KHIDMAT DARIPADA SAYA. SEKALI LAGI INGIN SAYA BERITAHU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, BAHAWA SAYA TIDAK PANDAI MENGURUT, SAYA HANYA TOLONG SEMAMPU YANG BOLEH SEIKHLAS HATI SAYA. RAMAI LAGI TUKANG URUT PROFESIONAL DAN HEBAT-HEBAT DI LUAR SANA SILA CARI MEREKA DAHULU SEBELUM CARI SAYA. PERCAYALAH.